Social Icons

Pages

Tuesday 11 June 2013

MENCARI REDHA-MU

Assalammualaikum...

Disini saya ingin berkongsikan kepada pembaca mengenai buku sesi soal jawab Mencari Redha-Mu...Bru2 ini saya telah menerima hadiah dari pemberian seseorang mengenai buku ini..thanks ye awak dengan hadiah ini.. ^_^ ok!! mengenai buku ini,bnyk yang boleh dipelajari dalam buku tersebut dalam mencari Redha Allah..Ya Allah..apabila baca buku tersebut, sy menyedari masih bnyk kekurangan dalam diri dan masih xlayak untuk menjadi HambaNya yang soleh..saya mula pelajari dan mepraktikkan apa yang ditulis dlm buku ini..bnyk memberi kesedaran..bnyk memberikan keinsafan..Insyaallah..





Apabila kita melakukan ibadat, tidak memadai hanya bersertakan niat tetapi mestilah ber­landas­kan syariat dan diiringi dengan cara yang betul. Bukalah minda, lapangkan dada, terima kebenaran dan perbaiki kepincangan. Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan berdosa yang tidak mempunyai masa hadapan.

Marilah kita bersama mendidik diri dengan men­cari redha ILAHI. Mudah-mudahan hidup kita sentiasa diberkati dan dapat mengecapi nik­mat kemanisan dalam memenuhi segala tun­tutan agama, duniawi dan ukhrawi.

Mencari Redha-MU mengadun variasi rasa pedas, manis, masam, masin dan pahit:


 Meraih cinta dan kasih al-Khaliq
 Memupuk keintiman dengan ILAHI
 Meyakini bahawa doa adalah senjata
 Mengukuh keyakinan dan ketakwaan
 Membuang rasa ego dan penyakit hati
 Menangani masalah dengan lapang dada
 Mencari rangkulan kudus yang Maha Esa
 Membuka minda dan menerima kebenaran
 Memaafkan dan mengusir dendam kesumat
 Menyedari segala tuntutan dan larangan-NYA

0 comments:

Post a Comment