Social Icons

Pages

Friday 28 June 2013

ISU AURAT - DEBAT ANTARA SEORANG USTAZ DAN SEORANG GADIS

Gadis :
“Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”

Ustaz :
“Ok silakan……what you want to know…”

Gadis :
“Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?

Ustaz :
“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!

Gadis  :
“No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai wanita yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz…..”

Ustaz :
“Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina”

Gadis :
“Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!”

“Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”

Ustaz :
“Hai….macam perli saya aje ni….?”

Gadis :
“Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”

Ustaz :
“Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan mereka”

Gadis :
“Habis tu ustaz…salah orang perempuan lah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?”

Ustaz :
“Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakan ialah…orang perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual.”….

“Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?” Hilangnya sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!”

Gadis :
“Alah ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”

Ustaz :
“Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah”

“Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.”

Gadis :
“Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak bertudung ni….?”

Ustaz :

“Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!….menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!”

“Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!”

Gadis :
“Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?”

Ustaz :
“Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka.”

“Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.”

Gadis :
“Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya……yang menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”

Ustaz :
“Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”
“Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t make your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”

“Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya”

Gadis :
“Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya pasti terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis saya nanti…..”

Ustaz :
“Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah”

Gadis :
“Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..”

Ustaz :
“Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!”

Tuesday 25 June 2013


MATLAMAT SEORANG MUKMIN



Allahu GhayatunaSetiap dari kita adalah hamba. Hamba yang punya Pencipta. Dialah yang mengatur segala-galanya apa yang ada di langit dan di bumi. Dialah yang menghidupkan dan mematikan. Dialah juga yang memberi rezeki kepada semua makhluk ciptaan-Nya.
Dialah Allah SWT.
Menjadikan Allah SWT sebagai matlamat seorang hamba adalah satu kewajiban. Bagaimana mahu meletakan-Nya sebagai matlamat utama kita?
Ikhlaskan setiap percakapan, perbuatan dan setiap ibadah kita kerana Allah SWT. Firman-Nya, “Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta Alam.” (Surah al-An’am: 162)
Tidak cukup dengan itu, yakinlah di dalam lubuk hati kita bahawa syariat Allah SWT itulah petunjuk, penyelamat, dan sempurna. Apa yang ada selain syariat Allah SWT, iaitu sistem undang-undang manusia adalah tidak kekal dan bukanlah penyelesai.
Bahkan, ada yang menyesatkan.
Firman Allah, “Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik. Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah.” (Surah al-Ma’idah: 49-50)
Penyerahan kepada Allah SWT adalah sebenar-benar penyerahan. Patuh kepada setiap suruhan dan tinggalkan segala apa yang ditegah-Nya. Dia Maha Pencipta, maka Dia berhak melakukan sesuatu mengikut kehendak-Nya.
Dia juga Maha Bijaksana. Maka Dia meletakkan sesuatu pasti pada tempatnya, yang bersesuaian.
Lihatlah peribadi Amirul Mukminin Umar ibn al-Khattab dalam kepatuhan kepada perbuatan Rasulullah SAW ketika mencium Hajarul Aswad. Hakikatnya, beliau tidak mengetahui apakah hikmah mencium batu itu. Apa yang beliau katakan?
“Aku mengetahui bahawa engkau adalah seketul batu yang tidak membawa mudarat dan tidak memberi manfaat. Kalaulah tidak kerana aku telah melihat Rasulullah SAW menciummu, nescaya aku tidak akanm menciummu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Yakinlah. Bahawa Dia Yang Menghidupkan dan Dia juga Yang Mematikan. Dia Yang Memuliakan dan Dia juga Yang Menghinakakan. Dia Yang Memberi Manfaat, Dia Yang Memberi Mudarat.
Setiap apa yang berlaku adalah keputusan-Nya.
Cukuplah kepada orang Mukmin, didatangkan kepadanya firman Allah SWT,
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.”(Surah al-Baqarah: 155-157)
Terakhir, tidak akan sempurna matlamat itu sekiranya tidak menjadikan redha dan rasa takut kepada Allah SWT sebagai matlamat utama.
Ketepikan redha, amarah, celaan, mahupun pujian manusia.
Firman Allah SWT, “…Allah dan RasulNya jualah yang lebih berhak mereka mendapat keredaanNya, jika betul mereka orang-orang yang beriman.” (Surah al-Taubah: 62)
Moga tercapai matlamat kita.
Untuk menjadi hamba hanya kepada-Nya.

Monday 24 June 2013

Cara-cara Solat Sunat Tahajjud



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.
Firman Allah SWT.:
17:79
 “Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” 
(Surah Isra’; ayat 79)

Rasulullah SAW bersabda:  “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.”   (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)

Tujuan Solat Tahajjud


  1. Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.
  2. Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
  3. Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
  4. Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
  5. Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.

Cara Mendirikan Solat Tahajjud

Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.
Rasulullah SAW telah bersabda,:  “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.”    (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)

1.  Sebelum mengerjakan Solat Tahajjud baca doa berikut :

Tiada Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci Dikau! Daku memohon ampun kepada-Mu bagi dosa-dosaku dan daku memohon kepada-Mu akan Rahmat-Mu. Ya Allah! Tambahkanlah padaku ilmu dan janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikau berikan petunjuk. Dan berikanlah daku Rahmat-Mu; Sesungguhnya Dikaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku dan kepada-Nyalah tempatku kembali.

2.  Niat Solat Tahajjud:

(Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala)
Daku bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.

3.  Bacaan Surah selepas Al-Fatihah:


a)      Rakaat pertama:    Ayat Al-Kursi  (7 kali)
Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas  (11 kali)
Atau;
b)     Rakaat pertama:    Ayat Al-Kaafirun
Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas
Atau;
c)     10 Ayat Terakhir, Surah Al-Imran,.
(Rasulullah SAW sering membaca ini pada solat Tahajjud Baginda.)

4. Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 3 kali:


5.  Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW ini:


6.  Kemudian sambung baca Doa Solat Sunat Tahajjud berikut:~

ALLAAHUMMA LAKAL HAMDU ANTA QAYYIMUS SAMAA WAATI WAL ARDHI WA MAN FIIHINNA. WA LAKAL HAMDU LAKA MULKUSSAMA WAATI WAL ARDHI WA MAN FIIHINNA. WA LAKAL HAMDU ANTA NUURUS SAMAAWAATI WAL ARDHI WA MAN FIIHINNA. WA LAKAL HAMDU ANTAL HAQQU, WA WA'DUKAL HAQQU, WA LIQAA'UKA HAQQUN, WA QAULUKA HAQQUN, WAL JANNATU HAQQUN, WANNAARU HAQQUN, WANNABIYYUUNA HAQQUN, WA MUHAMMADUN SHALLALLAAHU 'ALAIHI WASALLAMA HAQQUN WASSAA'ATU HAQQUN. ALLAAHUMMA LAKA ASLAMTU, WA BIKA AAMANTU, WA 'ALAIKA TAWAKKALTU, WA ILAIKA ANABTU, WA BIKA KHAASHAMTU, WA ILAIKA HAAKAMTU, FAGHFIRLII MAA QADDAMTU, WA MAA AKH-KHARTU, WA MAA ASRARTU, WA MAA A'LANTU, WA MAA ANTA A'LAMU BIHIMINNII. ANTAL MUQADDIMU, WA ANTAL MU'AKHKHIRU, LAA ILAAHA ILLAA ANTA, WA LAA HAULA WA LAA QUWWATA ILLAA BILLAH. RABBANAA AATINAA FIDDUNYA HASANATAUNN WAFIIL AAKHIROTIN HASANATAUN WAQINAA 'AZAABANNAR. WASOLLAHUALA SAIYYIDINAA MUHAMMAD WA'ALAA AALIHI WASOHBIHI WASALLAM WALHAMDULILLAHIRROBBI 'ALAMIIN.


Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.
Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar. 
Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah!
Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.
Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabat sekeliannya. Segala puji hanyalah untuk Allah; Tuhan Pemelihara seluruh alam.! 

Setelah selesai membaca doa, hendaklah dilanjutkan dengan membaca istighfar sebanyak-banyaknya. Istighfar yang dibaca adalah:
Shalat Tahajud

ASTAGHFIRULLAAHALA AZHIIM. ALLADZII LAA ILAAHA ILLAA HUWAL HAYYUL QAYYUUMU WA ATUUBUILAIH.

Artinya:

"Akumemohon ampun kepada Allah Yang Maha Agung,yang tak ada Tuhan selain Dia. Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri sendiri, dan aku bertaubat kepada-Nya"

Atau boleh pula dibaca istighfar berikut:
Shalat Tahajud

ALLAAHUMMA ANTA RABBII LAA ILAAHAILLAA ANTA, KHALAQTANII WA ANA 'ABDUKA, WA ANA 'ALAA AHDIKA WA WA'DIKA MASTATHA'TU. A'UUDZU BIKA MIN SYARRI MAA SHANA'TU, ABUU'U LAKA BINI'MATIKA 'ALAYYA WA ABUU'U BIDZANBII, FAGHFIRLII, FA INNAHUU LAA YAGHFIRUDZ DZUNUUBA ILLAA ANTA.

Artinya:

"Wahai Allah! Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan selain Engkau, Engkau telah menciptakanku, dan aku adalah hamba-Mu, dan aku pun berada dalam janji-Mu, menurut kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan apa saja yang telah kulakukan. Kuakui kepada-Mu nikmat yang telah Engkau anugerahkan kepadaku, dan kuakui dosaku. Karena itu ampunilah aku, karena tak ada yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Engkau"


KELEBIHAN  SOLAT TAHAJJUD


    1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
    2. Doa dimakbulkan Allah.
    3. Memperolehi ketenangan jiwa.
    4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
    5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
    6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
    7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
    8. Mencegah dosa dan menghindari  penyakit.
    9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
    10. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
    11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
    12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
    13. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
    14. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
    15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
    16. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
    17. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
    18. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.

Memudahkan Bangun Solat Malam


  1. Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajjud.
  2. Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
  3. Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
  4. Membaca ayat-ayat Al-Quran.
Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.”   (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)


وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

(Di petik daripada tulisanshafiqolbu)

Friday 21 June 2013

AIRMATA INI MENGALIR LAGI DAN ADAKAH BENAR-BENAR AIRMATA KEINSAFAN??
Alhamdulillah, semalam bangun solat malam seperti biasa. Entahlah, semalam rasa sayu sangat..tiba-tiba saja hati ini hiba dan sebak bila memikirkan dosa-dosa kisah silam...Jarang aku rasa macam ni..selalunya biasa saja. Tapi malam tadi..entah la..no komen for the while..Bila difikirkan balik, Ya Allah..apa nak jadi dengan ak ini, ak hidup di atas dunia atas untuk tujuan ape...?mati ak nanti adakah ak mati dalam keadaan benar-benar menyerah diri kepadaMu? Saat itu air mata ini mengalir lagi..mengalir mengenangkan dosa yang ak buat sebelum ini..adakah ak layak mendepatkan pengampunan dariMu ya Allah..diri ini masih lagi terasa tidak cukup lagi dan masih jauh lagi untuk bergelar mukmin sejati disisiMu apatah lagi hendak ke syurgaMu...
Astagfirullahalazim
Kenapakah begitu susah untuk aku mengubah diri ini agar menjadi insan berguna pada mata Ilahi?
Kenapa begitu sukar diri ini untuk menerima segala kebenaran yang diajarkan padaku? Begitu hitamkah hatiku ini?Begitu menggunungkah dosa diri ini?Layakkah aku untuk meminta ampunan-Mu, ya Allah?Masih adakah ruang untuk hidayah-Mu bertapak dalam ruangan hati hitam ini, ya Allah? Kenapa sebelum ini begitu susah diri ini untuk mengalirkan air mata apabila disebut nama yang Maha Esa?Kenapa begitu berat air mata ini untuk mengalir mendengar nama Rasulullah s.a.w.? Kenapa begitu jauh diri ini jika dibanding dengan para pejuang Islam yang lain?Aku jua muslim yang sama-sama ingin melihat kebangkitan Islam..Aku jua muslim yang bersama-sama melawan arus jahiliyah..Tapi diri ini tetap kurasakan masih sungguh jauh untuk menghampiri gerbang surga-Mu, ya Allah Tapi aku tidak sanggup dengan siksaan api neraka-Mu...
Ya Allah, Hinanya diriku ini,
ya Allah Kotornya diriku ini,
ya Allah Jijiknya diriku ini,
ya Allah Berilah hidayah padaku,
ya Allah Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat
Pimpinlah aku dalam setiap detik perbuatanku...Aku tidak sanggup jika Kau berpaling dari memandang diri ini..Tidak sanggup, ya Allah Segala-galanya aku berserah pada-Mu...Aku tidak dapat membayangkan diriku tanpa pimpinan-Mu, ya Allah Aku tidak sanggup menjadi sehina-hina manusia pada pandangan-Mu...

Astaghfirullahalazim...
Ampunilah aku dalam setiap kejahilan dan kelekaanku...Hanya pada Engkau aku bergantung dan mengharap segala-galanya..Air mata membasahi pipi...Adakah ini air mata keinsafan? Seperti yang
dikisahkan pada suatu hari Rasulullah SAW sedang duduk bersama para sahabat , kemudian beliau meminta salah seorang sahabat Abdillah bin Mas’ud membaca surat An Nisa, hingga sampai surat an Nisa ayat 41 :

” Maka bagaimanakah (halnya orang kafir nanti), apabila Kami mendatangkan seseorang saksi (rasul) dari tiap-tiap umat dan Kami mendatangkan kamu (Muhammad) sebagai saksi atas mereka itu (sebagai umatmu).”

Beliau meminta Abdillah bin Mas’ud menghentikan bacaannya , para sahabat melihat airmata Rasulullah berlinang, beliau menangis.

Aisyah RA menceritakan bahawa ia sering melihat Rasulullah SAW menangis ketika mengerjakan solat malam, beliau menangis sepanjang solatnya . Mathrab bin Abdillah menceritakan bahawa ayahnya sering mendapati Rasulullah SAW menangis dalam solat, dari dada beliau terdengar suara bergemuruh bagai air yang mendidih didalam cerek.

Sesungguhnya Allah SWT menciptakan air mata sebagai pengingat hamba akan dirinya. Cukuplah ia menjadi penggerak kesedaran, betapa manusia dalam keadaan lemah. Saat ia terlalu bahagia, tanpa sedar ia menangis. Saat ia terlalu bersedih, tanpa sedar ia menangis. Saat itu, ia tahu dirinya tidak ada kuasa akan atas dirinya. Maka celakalah hati yang beku dan mata yang sulit untuk menangis…terutama jika ia seorang pelaku dosa kepada Allah SWT.

Menurut riwayat, seorang lelaki datang menjumpai Rasulullah SAW. dan berkata: "Wahai Rasulullah, dengan apakah saya dapat menjaga diri daripada neraka?" Rasulullah SAW. menjawab:

"Dengan lindungan air matamu.

" Tanya lelaki itu lagi: "Bagaimanakah caranya?" Rasulullah SAW. menjelaskan: "Cucurkanlah air matamu kerana takut kepada Allah. Sebab, mata yang menangis kerana takut kepada-Nya tidak akan mendapat seksa."

Air mata adalah tanda keikhlasan, keinsafan dan petanda bahawa seseorang itu benar-benar takut kepada Allah. Orang yang mengucapkan istighfar sambil menitiskan air mata bererti dia betul-betul menyesali perbuatan yang telah dilakukannya. Orang yang menyesali perbuatannya dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi, dosanya akan diampuni Allah.

Allah SWT berfirman :

“Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan kekhusyukan mereka bertambah”. (QS. 17:109)

Firman-Nya yang lain,

”Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Rabbnya yang tidak tampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar” (QS. 67:12)

Rasulullah SAW bersabda: “Tujuh golongan yang mendapat naungan Allah pada suatu hari yang tidak ada naungan kecuali naungan Allah; …(dan disebutkan diantaranya) seseorang yang berzikir (ingat) kepada Allah dalam bersendiriannya kemudian air matanya mengalir”( HR. Bukhari-Muslim)

Dari al-Abbâs Bin Abdul Muthallib Radhiallaahu anhu , Nabi Shalallaahu alaihi wasalam bersabda, ertinya:

“Dua jenis mata yang tidak tersentuh api neraka, (pertama) mata yang menangis (disaat bersendirian) di malam hari kerana takut pada Allah SWT , dan (kedua) mata yang digunakan untuk berjaga-jaga (pada malam hari) di jalan Allah.” (HR. At-Thabrani)

Dari Zaid Bin Arqom RA , dia berkata, “Seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW, “Ya Rasulullah dengan apa aku membentengi diri dari api neraka? Rasulullah menjawab, “Dengan air matamu, kerana mata yang menangis kerana takut pada Allah niscaya neraka tidak akan menyentuhnya selama-lamanya” ( HR. Ibnu Abi Dunya dan Ashbahâny ) 


Diri ini masih lagi tertanya-tanya adakah air mata yang mengalir ini airmata keinsafan seperti dalam kisah Rasulullah tadi ya Allah?ataupun seperti didalam firmanMu? Sejujurnya hati ini mengatakan ia adalah air mata kehinaan yang melanda diri ini...Diri ini sedih dengan apa yg telah hamba-Mu ini lakukan...Aku ingin meminta sesuatu dari-Mu..Tapi aku sungguh malu pada-Mu ya Allah...Aku teringat perjuangan Hassan Al-Banna..Aku sangat mengagumi perjuangan beliau...Aku ingin sekiranya boleh mendampingi orang-orang yang hidupnya semata-mata untuk Allah..Mereka tak tergoda rayuan harta dan benda apalagi wanita..Aku ingin sekiranya boleh menjadi mujahid di atas jalanMu...Masih tersisakah mujahid di atas jalanMu untukku, ya Allah?
Layakkah diri ini?Aku sungguh malu menyatakannya, ya Allah...Sungguh hina diri ini, sungguh kotor diri ini
Sungguh lemah diri ini untuk mujahid seperti mereka...Air mata ini jika dialirkan hingga titisan terakhir,
namun ia masih tidak mencukupi untuk menyatakan rasa bersalah dengan dosa-dosa diri ini yang menggunung tinggi..Ya Allah, Pimpinlah daku Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat cuma...Aku tidak sanggup dibiarkan dlm lumpur dosa-dosa hina Ampunilah aku, ya Allah


Astagfirullahalazim Astagfirullahalazim Astagfirullahalazim

Thursday 20 June 2013

Jangan menanti sempurna...

بسم الله الرحمن الرحيم

Kadang-kadang hati ini terasa lelah melakukan kebaikkan..berdosakah aku berperasaan begitu? huhu (ish3..teruknya la aku ni kan.. cepat betul patah semangat).. manakah tidak, kita bising orang mengata, kita senyap pun orang tak pernah habis mengata. kadang-kadang terlintas dalam hati, apa salah aku pada semua orang ye? perlu kah aku menjadi orang lain?betul ke istilah orang kata "masuk kandang kambing,kita kena mengembik, masuk kandang harimau kita kena mengaum". Aku tak mampu nak puaskan hati semua orang. dan aku tak boleh paksa orang menerima caraku. mungkin cara penampilanku tak kena kot kat sini.huhu.. 

Bila sering terpikir-pikir dan tertanya-tanya sendirian, aku sering mendapat jawapan dari Allah. Baiknya Allah kan? Dia tak pernah biarkan aku sendirian.. aku sedar, aku hanya lelaki biasa yang kadang2 bisa nangis dikala hati dihiris kepedihan.Tapi perlukah aku mengalah dan berhenti melangkah? sedangkan nabi yang mulia juga dihina, inikan aku yang terlalu hina dipandanganNYA.oh Tuhan, kenapa aku tak sekuat dia. mulianya hati insan sepertinya. alangkah indahnya jika aku dapat berjumpa dengannya, ingin sekali aku bertanya rahsia kekuatannya dalam menghadapi keperitan yang dia hadapi sepanjang hidupnya. sebelum tu mari aku kongsikan 1 cerpen yang aku jumpe kt internet nie, semoga cerpen ni memberi kesedaran dan manfaat buat kita terutama sekali dikalangan wanita.





'Maryam, terima kasih belanja saya makan. Sayang sangat dengan awak XOXO'


Itu status yang saya tulis pada wall facebook Maryam. Kawan baik saya, kawan baik yang sentiasa menggembirakan dan menceriakan saya.

'Terima kasih kepada awak juga. Ada masa kita keluar shopping lagi. XOXO'

Saya tersenyum lebar membaca komen Maryam. Ya, baru petang tadi kami berdua keluar membeli-belah, menonton wayang dan menikmati Tutti Fruti. Semuanya kerana, Maryam akan keluar negara pada esoknya, bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana. Sesuatu yang saya hanya boleh impikan. Namun saya tetap mendoakan dia berjaya.

Berbekalkan keceriaan petang tadi, semangat saya bermain Facebook ikut meninggi. Pada ketika saya tersenyum penuh semangat itulah, saya terbaca sesuatu yang membuatkan senyuman saya hilang. 

Benar, perempuan yang menutup aurat tidak menjanjikan dirinya selamat daripada nafsu lelaki, tidak juga menjanjikan hatinya baik, dan benar ia tidak menjanjikan dirinya akan bahagia. Tetapi perempuan yang menutup aurat sudah menjanjikan dirinya bebas daripada dosa membuka aurat.

Membaca status Facebook dia, membuat hati saya tiba-tiba mengembang, seperti ekor kucing yang kembang ketika bertemu lawan.

Entah mengapa, tindakan pertama saya adalah segera membetul-betulkan rambut yang menutup mata saya. Tetapi masih juga ia lepas bebas. Getah di atas meja saya capai, ikat dirambut terus jadi 'ekor kuda'. Sepatutnya hati saya puas kerana berjaya menjinakkan rambut saya yang asyik mahu menutup mata, tetapi bukan hal rambut itu yang mengganggu, namun status facebook itu yang membuat geram saya menyala-nyala.

Bukan saya tidak kenal siapa yang menulis status itu. Selain Maryam dia juga adalah kawan baik saya, namanya Nadina. Ketika itu kami bertiga sangat rapat dan ke mana-mana sahaja bertiga. Dahulu, wah dia bukan main lagi fesyennya. Bajunya adalah seketat-ketat baju yang ada, seluarnya juga biar nampak paha. Rambutnya walaupun Melayu, tidak pernah saya lihat hitam.

Anehnya, entah bagaimana dia boleh berubah bertudung litup sampai ke pinggang. Wajahnya tidak ada lagi bedak tebal dan bibirnya cukup sekadar pelembap bibir.

Memanglah, itu bagus dan saya tidak ada apa-apa dengan perubahan dia, tetapi perlukan status-status facebooknya asyik berdakwah? Asyik menyentuh berkenaan aurat. Kalau sekali dua, tidak mengapalah, tetapi kalau sudah sehari empat lima kali? Nampak benar mahu menyindir.

Geram betul hati saya. Kalau mahu menutup aurat, tidak perlulah buat status menyindir. Lalu, dengan geram saya yang tidak tahu mahu dihala ke mana, terus saya tergoda menulis komen di bawah status itu. 

'Kalau kita dahulu ada kawan yang rambutnya merah, baju seluar ketat tiba-tiba tulis status pasal tutup aurat, apa hukumnya ustazah? Bolehkah kita kata dia riak atau munafik?'

Selepas menekan 'enter', hati saya berasa sangat puas. Melebar senyum saya, sama lebarnya dengan daun keladi.

Seketika itu juga telefon saya berbunyi dan tertera nama 'Nadina'. Selepas memberi salam dan menjawab salam, dan selepas bertanya khabar dan menjawab khabar, terus Nadina kepada niat hatinya menelefon saya. Saya tahu pasti ia ada kaitan dengan komen saya pada statusnya.

“Saya mohon kepada kamu, usahlah buka masa silam saya. Aib saya itu, sudah membuat malam-malam saya jadi perit, jadi sebagai kawan saya mohon usahlah kamu tambahkan perit malam-malam saya.”

Saya tersenyum kecil. Tetapi dalam masa yang sama, mendengarkan suaranya yang merayu membuat hati saya lembut dan serba-salah. Tetapi pada ketika mata saya menatap statusnya, hati saya kembali keras dan tajam.

“Bukan mahu buka aib kamu, tetapi saya meluat betul lihat status-status kamu yang 'macam baik'. Kamu tidak takut jadi riak?” Puas betul hati saya berkata begitu. Entah apa sebabnya, tidaklah saya tahu.

“Terima kasih kerana mengingatkan. Ternyata kamu memang sayang saya. Saya akui saya memang masih belajar, dan banyak saya tidak tahu. Saya masih jahil. Mungkin kamu benar. Tanpa saya sedar, saya menulis dengan rasa riak. Namun, perkara besarnya, walau sejahat manapun kita, walau sekeji manapun kita, selagi mana agama kita Islam, menganjurkan berbuat baik itu perlu. Itulah yang saya perbuat. Walaupuh saya tahu diri saya hina, tetapi bukan bermakna saya tidak layak untuk berkongsi pesan.”

Itu kata-kata dia. Saya senyum. Saya tahu apa yang perlu saya jawab. Saya segera menaip sesuatu pada google, dan saya terjumpa hadis ini.

“Maksud Hadis Nabi SAW: “Pada hari kiamat seorang dihadapkan dan dilempar ke neraka. Orang-orang bertanya, ‘Hai Fulan, mengapa kamu masuk neraka sedang kamu dahulu adalah orang yang menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah perbuatan munkar?’ Orang tersebut menjawab, ‘Ya, benar. Dahulu aku menyuruh berbuat ma’ruf, sedang aku sendiri tidak melakukannya. Aku mencegah orang lain berbuat munkar sedang aku sendiri melakukannya.” (HR Muslim)

Tanpa bertangguh, segera saya membacakan hadis itu kepada dia. Beruntung sungguh zaman sekarang ada internet, semua manusia boleh sekelip mata menjadi ustaz dan ustazah. Ada juga yang menggelarkannya ustaz dan ustazah internet, elektrik dan google.

Nadina diam. Saya tersenyum nipis. Saya kembali menyambung, “Kamu menyuruh orang berbuat baik tetapi, bagaimana dengan diri kamu sendiri? Adakah sudah baik?”

Dan pada ketika saya berfikir dia sudah mengaku kalah, dia kembali berkata,

“Maafkan saya, saya memang betul jahil berkenaan hadis itu. Terima kasih kerana mengingatkan. Mendengar hadis itu, saya memahaminya sebagai, dahulukan perbuatan baik itu sebelum bercakap berkenaannya. Itu yang saya usahakan, sedaya upaya cuba lakukan. Saya usaakan juga tidak bercakap berkenaan perkara yang saya tidak lakukan. Sekiranya kamu melihat percakapan saya mendahului perbuatan saya, tegurlah saya.”

Sekarang saya pula hilang kata-kata. Rasanya ada sesuatu dalam hati saya, mahu saya ucapkan tetapi entah mengapa saya tidak mampu menjadikan ia sebagai sesuatu yang objektif. Pada ketika itulah, Nadina menyambung dengan nada yang takut-takut,

“Berkenaan hadis itu, rasa bersalah pula pandai-pandai memahaminya begitu. Nanti saya tanyakan lagi kepada ustaz berkenaan tafsirnya. Tidak berani saya mahu mentafsirnya sendiri. Namun, saya juga sebenarnya terkesan dengan kata-kata Hassan Al Banna, sekiranya semua manusia menunggu dirinya sempurna bagi berbuat kebaikkan, maknanya tidak akan ada pendakwah.”

Jelas, Nadina khuatir kerana dia mengerti, dia kurang ilmu sehingga nada suaranya takut-takut. Dan saya pula terus mencari di Google, mahu memastikan yang Nadina tidak sekadar bercakap berkenaan Hassan al Banna dan saya menemukan petikan lengkapnya.

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bermakna aku yang terbaik dalam kalangan kamu. bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.seandainya seseorang itu hanya akan dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." - Hassan al Basri.

“Bukan Hassan al Banna, tetapi Hassan al Basri!” Saya tersenyum lebar dan terdengar juga gelak kecil saya.

“Maafkan saya, salah saya.” Pantas Nadina menjawab.

Itu membuatkan saya berasa semakin menang ke atas Nadina. Anehnya tetap sahaja geram dalam dada saya semakin mengembang, namun tetap juga saya tidak ada hujah sambungan. Akhirnya saya berkata, “Saya bukan tidak suka status kamu, tetapi buatlah secara berhikmah. Saya berasa disindir-sindir.”

“Maafkan saya. Selepas ini saya cuba menulis status yang lebih baik.”

Entah ke berapa kali dia meminta maaf. Hakikatnya, hati saya sedikit lembut dengan permintaan maafnya. Namun, tetap ada sesuatu yang tidak beres dalam hati saya.

“Kalau kamu tulis status biasa-biasa sahajakan boleh. Buatlah macam manusia normal,” cadang saya pula. Yalah, meluat benarlah saya membaca status-statusnya itu. Sepertinya dia adalah ustazah robot.

“Bukan apa, saya cuma terfikir, setiap kali saya menulis status, ia adalah status terakhir saya. Jadi apa yang saya mahu orang baca berkenaan diri saya sekiranya saya sudah tiada di dunia? Setidak-tidaknya status terakhir itu mampu memberi pahala kepada saya.”

Saya tergelak kecil mendengar kata-kata Nadina. Sampai begitu sekali kompleks fikirannya. Lalu saya menjawab, “Mengapa awak tidak delete sahaja akaun facebook awak? Lagi senang. Tidak perlu mahu fikir berkenaan status apa yang mahu ditulis.”

Nadina diam, dan saya berasa sudah menjadi juara. Perlahan-lahan dalam hati saya terbit kata-kata, “Padan muka kau!”

“Terima kasih atas cadangan. Saya fikir, ia adalah cadangan yang terbaik. Terima kasih sekali lagi. Nanti saya fikirkan.”

Itulah kata-kata akhir Nadina yang sempat saya dengar, sebelum dia memberi salam, dan sebelum saya berasa sangat menyesal.

Status akhir. 

Esoknya, pada ketika saya membuka facebook, pertama sekali yang saya baca adalah status Nadina.

'Di tepi sebuah pantai ada banyak tapak sulaiman yang terdampar dibawa arus ombak. Seorang anak kecil berusaha mencampakkan kembali tapak sulaiman itu ke laut, bagi memastikan ia terus hidup. Seorang lelaki tua memerhatikannya lalu berkata,

“Buat apa kamu campak ke laut? Kamu tidak akan mampu mencampakkan semuanya ke laut. Ada beribu-ribu. Buat penat kamu sahaja.”

Anak kecil itu terus tekun dengan kerjanya sebelum memandang lelaki tua itu.

“Memang saya tidak mampu, tetapi setidak-tidaknya perbuatan saya ini bermakna kepada seekor tapak sulaiman ini,” kata anak kecil itu sambil mencampakkan tapak sulaiman di tangannya ke laut.

Itulah hidup kita manusia, memanglah kita tidak mampu berbuat baik kepada semua perkara, tidak mampu berbuat baik kepada semua manusia, tetapi tetapkan dalam hati bagi terus berbuat kebaikkan. Setidak-tidaknya, akan ada seseorang yang melihat tindakkan kita itu bererti kepada dirinya.”

Boleh tahan juga panjang status Nadina. Kemudian saya membuka pula PM saya dan ada PM Nadina. 

“Assalamualaikum. Semoga hari kita berada dalam reda Allah. Selepas memikirkannya, saya tidak jadi menutup facebook saya. Ini kerana, saya tidak menjadikan diri saya mudah dihubungi. Saya tidak ada blog yang bagi menulis, tidak ada pejabat, tidak ada laman web. Hanya ada facebook dan hanya itulah ruang dan peluang saya. Jadi saya mahu menjadi budak kecil yang mencampakkan tapak sulaiman ke laut. Mungkin sahaja, tindakan saya dalam facebook langsung tidak bererti kepada semua manusia, tetapi saya yakin ia sangat bererti untuk malaikat yang berada di bahu kiri kanan saya.”

Saya terdiam. Berulang-ulang kali jugalah saya membaca PM Nadina sambil tersenyum-senyum, dan hati berkata, “Ada juga orang seperti ini di dunia.”

Namun akhirnya senyuman saya pudar pada saat membaca status terbaru pada akaun facebook Nadina.

“Innalillah hiwa inna ilai hiroji’un. Baru mendapat khabar, teman baik kita Maryam binti Syukur sudah kembali kepada Penciptanya. Beliau kemalangan semasa menuju ke lapangan terbang. Al Fatihah.”

Berdegup kencang jantung saya dan segera saya ke akaun facebook Maryam, dan pada status terakhirnya saya membaca,

Kata-kata yang saya ambil daripada status Nadina,
'Benar, perempuan yang menutup aurat tidak menjanjikan dirinya selamat daripada nafsu lelaki, tidak juga menjanjikan hatinya baik, dan benar ia tidak menjanjikan dirinya akan bahagia. Tetapi perempuan yang menutup aurat sudah menjanjikan dirinya bebas daripada dosa membuka aurat.' 

Pada ketika itu jugalah air mata saya mengalir seperti tidak akan mahu berhenti. Itulah status terakhir Maryam, dan apa yang saya bualkan dengan Nadina, terus kembali terulang di telinga.