Social Icons

Pages

Thursday 20 June 2013

KALAM ALLAH BERBICARA PADA DIRI INI

ku berteleku mengenang nasib diri yang hina ini.. masihkah ada sinar untuk hari esok..?? apakah bakti yang telah aku taburkan pada agama, dan bangsa aku?? bersediakah iman aku menjawab soalan yang telah terang-terang tersebar luas dan mudah dibumi ini, tapi belum tentu soalan yang mudah ini mampu diungkap ketika disoal oleh malaikat kelak.. ya Allah.. hinanya aku disisiMu.. mampukah aku meraih cintaMu dalam kehidupan ini.. sudah bersediakah aku menemuiMu dalam keadaan diri ini yang masih dibuai mimpi yang diselimuti keindahan duniawi ini... ya Allah.. ampunkan dosaku ya Allah
aku manusia biasa.. adakalanya lemah apabila ujian hadir menguji diri.. hanya pada padaMu tempat aku mengadu.. Tiada kata yang mampuku ungkap...hanya air mata sahaja ku biarkan ia terus mengalir apabila setiap kata-kata Mu ya Allah seperti sedang memujuk hatiku yang hampir berputus asa. entah kenapa ketika aku sedang mengadu padaMu hatiku betul-betul terkesan dengan ayat ini :

“Ya Rabb kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan berserah diri (kepada-Mu) (surah al-'a'raf 126)"


mungkin itu jawapan dariMu ya Allah apabila hati ini terdetik seperti : "kalau Allah tarik nyawa orang tu, menunjukan dia sayang orang tu" tapi kenapa Allah masih tidak menarik sahaja nyawaku.. adakah Allah tidak menyayangiku?? kenapa aku masih lagi disini andai kehidupanku sering membuatkan orang lain terluka.. mungkin selepas ketiadaan ku, tiada lagi orang yang terlukakan..? Ya Allah..ku rasakan seperti diri ini tiada iman.. kenapalah sampai begitu sekali ku rasakan.. tapi kata-kataMu itu betul-betul menyedarkan aku.. sudah cukup ke amalanku didunia ini andai aku ingin kembali kepadaMu..?? bagaimana aku ingin kembali kepadaMu dalam keadaan yang begini.. ya Allah.. lemahnya aku.. jahilnya aku.. hinanya aku dimataMu...

Alhamdulillah aku bersyukur, bahawa Kau tidak pernah meninggalkan aku sendirian.. kata-kataMu sering menemankan aku dan sering memberikan jawapan di setiap persoalan yang sering timbul dalam hatiku.. akan ku cuba untuk kembali bangkit untuk meraih cintaMu..
                      اِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي ِﷲِ رَبِّ الْعَالَمِينَ 
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah, Tuhan seluruh alam

0 comments:

Post a Comment