Social Icons

Pages

Monday 22 July 2013

Sebuah Perjalanan


Jika ditanya siapakah aku?

Ana mu`minun sa a'isyu dauman mu`mina
akulah mukmin yang akan hidup sebagai mukmin

maka ketahuilah semua orang aku di sini,
Aku melihat Allah dalam ciptaanNya,
dan aku dengar suara kebenaran dalam QuranNya.
dan aku sentuh hikmahNya dan belai kasihNya
dalam sirah mereka yang terpilih imannya
akulah angin meniup tinggi atas setiap pelayar
alam ini bagiku dan bagiku khidmat yang telah dimudahkan
Akulah bintang yang menunjuk qafilah dalam perjalanan..


Ya Allah.....
Berilah bantuan kepada hambaMU dalam mencari sebuah keredhaan Mu.
Aku sedang berusaha untuk berkelana mencari kurniaanMu...Aku sedang berusaha mencari ilmu dalam mengejar cinta Mu....Aku sedang belajar meniti jalan yang pernah ditempuh Rasulullah, kekasih Mu....Aku sedang berusaha mencari formula untuk mampu di cinta manusia kerana Allah, dan ingin kembali kelak seperti kembalinya orang-orang yang dicintai olehMU...

Hanya Allah sahaja yang tahu dan mengerti segala cerita hati yang tersirat disebalik babak ke babak yang silih berganti dalam diari kehidupan ini. Indah sungguh skrip yang terlakar dalam perjalanan hidup ini.

Skrip indah ini akan tetap diteruskan sama ada manusia itu sedar atau tidak sedar. Berjalan seperti biasa,tidak akan menunggu pada yang terlambat.

Manusia berjalan tidak sama dengan manuisa yang berlari. Tidak sesekali sama. Yang pasti destinasi yang utama dijadikan idaman. Pasti ada yang lalai dan alpa dalam menuju ke sebuah destinasi. Persiapannya hanya berbekalkan matlamat hidup yang mungkin akan jadi sia-sia jika tidak dimanfaatkan sebaiknya.

Benar siang tidak akan kekal selamanya. Pasti siang akan berganti malam.

Usaha ke arah kebaikan bukan sahaja bergantung pada ingin dan tahu, malah pada pengalaman yang memandu. Pengetahuan isi luaran, bermain bersama persekitaran, membedah warna-warni isi alam,jatuh bangun bersama semangat ingin membaiki kelemahan. Inilah yang dikatakan pengalaman yang berfungsi! 

Apakah hanya apabila kita berada di dalam kubur,barulah kita akan tersentak dalam memahami apa sebenarnya hakikat hidup ini? Na'uzubillah.... Pada waktu itu baru kita faham dan akur tentang tujuan kita dihidupkan di dunia ini. Dan di situlah baru kita sedar apa yang bernilai dan apa yang tidak bernilai dalam sebuah perjalanan.

Semakin bertambah cinta seseorang manusia kepada Allah dan RasulNya... semakin bertambah pula rasa manisnya iman...itu yang dinamakan cinta di atas cinta...

Sekadar untuk ingatan diri sendiri..
Kita tidak boleh ubah sesuatu yang kita lihat,tetapi kita boleh ubah diri kita yang melihatnya. Jika kita tak dapat apa yang kita suka, maka langkah yang terbaik ialah sukalah apa yang kita dapat. Itulah syukur namanya!:-)



Allah Taala berfirman;
Bermaksud: “Sesungguhnya (dengan keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat masa datangnya – iaitu hari seseorang melihat apa yang diusahakannya, dan (pada hari itu) orang yang kafir akan berkata: “Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)” an-Naba’ (78:40)













Friday 19 July 2013

Qiamat DiYakini Yahudi DiPerangi

 السلام عليكم

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga kalian semua sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

Firman Allah dalam ayat 187 surah al-A’araf:
يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْ‌سَاهَا ۖ قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِندَ رَ‌بِّي ۖ لَا يُجَلِّيهَا لِوَقْتِهَا إِلَّا هُوَ ۚ ثَقُلَتْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْ‌ضِ ۚ لَا تَأْتِيكُمْ إِلَّا بَغْتَةً ۗ يَسْأَلُونَكَ كَأَنَّكَ حَفِيٌّ عَنْهَا ۖ قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِندَ اللَّـهِ وَلَـٰكِنَّ أَكْثَرَ‌ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: “Bilakah masa datangnya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut”. Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”

             Perjalanan masa yang begitu pantas sepatutnya mengetuk hati kita untuk sama-sama bermuhasabah menghitung diri tentang persiapan bekalan akhirat kita dan usaha dalam memohon keampunan daripada Allah atas segala dosa yang dilakukan.  Kita sebagai umat yang beriman kepada Allah dan hari Qiamat sewajibnya tidak merasa panik dan takut dengan ramalan ini kerana kita yakin bahawa tarikh Qiamat yang sebenar hanya diketahui oleh Allah. Sebaliknya kita mesti berebut-rebut untuk menambahkan bekalan akhirat bukannya sibuk mencari tarikh Qiamat kerana banyak tanda-tanda Qiamat samada besar atau kecil telah berlaku pada zaman kita. Ikutlah arahan Allah dan rasulNya dalam berdepan dengan Qiamat dan jauhi segala larangannya serta jangan termasuk dalam golongan yang menjadi tanda Qiamat iaitu pemimpin yang khianat, anak yang derhaka ibubapa, peniaga yang menipu dan sebagainya. Jadikan nabi s.a.w sebagai ikutan dan orang soleh sebagai teman agar kita dibangkitkan di akhirat nanti bersama dengan mereka.

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ السَّاعَةِ فَقَالَ مَتَى السَّاعَةُ قَالَ وَمَاذَا أَعْدَدْتَ لَهَا قَالَ لَا شَيْءَ إِلَّا أَنِّي أُحِبُّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ أَنْتَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ قَالَ أَنَسٌ فَمَا فَرِحْنَا بِشَيْءٍ فَرَحَنَا بِقَوْلِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْتَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَقَالَ أَنَسٌ فَأَنَا أُحِبُّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَبَا بَكْرٍ وَعُمَرَ وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ مَعَهُمْ بِحُبِّي إِيَّاهُمْ وَإِنْ لَمْ أَعْمَلْ بِمِثْلِ أَعْمَالِهِمْ ( رواه البخاري ومسلم(
Maksudnya : Anas bin Malik berkata bahawa ada seorang arab badwi bertanya : “Bilakah berlakunya Kiamat?” Rasulullah s.a.w bersabda, “Apakah persiapan engkau untuk menghadapinya?” Lelaki itu menjawab, “Tiada sesuatu amalan pun kecuali aku mencintai Allah dan RasulNya.” Rasulullah s.a.w bersabda, “Engkau akan tetap bersama orang yang engkau cintai. Anas telah berkata : Maka tiada apa yang lebih menggembirakan kami dengan suatu yang diucapkan oleh nabi iaitu engkau akan tetap bersama orang yang kamu cintai. Seterusnya Anas berkata : Maka aku mencintai nabi s.a.w, Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar dan aku berharap agar dapat bersama-sama mereka semata-mata perasaan cinta terhadap mereka walaupun aku tidak beramal sebagaimana amalan mereka

Firman Allah dalam Surah Yaasin ayat 48-49:
وَيَقُولُونَ مَتَىٰ هَـٰذَا الْوَعْدُ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ ﴿٤٨ مَا يَنظُرُ‌ونَ إِلَّا صَيْحَةً وَاحِدَةً تَأْخُذُهُمْ وَهُمْ يَخِصِّمُونَ
Maksudnya :Dan (apabila mereka diingatkan tentang huru-hara dan balasan akhirat) mereka bertanya (secara mempersenda): ” Bilakah datangnya (hari akhirat) yang dijanjikan itu? Jika betul kamu orang-orang yang benar (maka kami sedia menunggu)!”, Mereka tidak menunggu melainkan satu pekikan yang – (dengan secara mengejut) akan membinasakan mereka semasa mereka dalam keadaan leka bertengkar (merundingkan urusan dunia masing-masing).

Kita jangan menjadi umat yang sibuk mencari tarikh Qiamat dan hanya melihat sahaja tanda-tanda Qiamat berlaku di depan mata tanpa mengambil iktibar apatah lagi berlumba-lumba untuk menambah bekalan akhirat disamping menjauhi larangan Allah. Kedahsyatan tentang Qiamat banyak disebut dalam al-Quran dan hadis nabi antaranya pekikan kuat yang menyebabkan semua hancur musnah. Ibnu Jarir meriwayatkan daripada Ibnu Umar yang berkata: “Sebenarnya sangkakala akan ditiup ketika manusia berada di jalan, majlis-majlis dan pasar-pasar. Ketika itu sehelai kain masih berada di tangan dua orang yang sedang tawar-menawar, tiba-tiba mereka terkejut.” Ibnu Kathir berkata: “Mereka tidak menunggu kecuali satu teriakan sahaja. Ketika ditiupkan sangkakala, manusia masih lagi bertengkar, tawar-menawar di pasar-pasar. Malaikat Israfil diperintahkan Allah SWT meniup dengan kuat dan berterusan, tidak satu makhluk yang terkecuali mendengarnya lantas semuanya dibangkitkan dan berkumpul di hari kiamat.”
Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah hadis daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: Qiamat akan berlaku ketika dua orang masih merentang sehelai kain dalam proses tawar-menawar hingga kedua-duanya tidak sempat lagi meneruskan urusan jual belinya, apatah lagi melipat semula kainnya itu.
Qiamat juga akan berlaku ketika seseorang baru menyimen kolahnya sebelum sempat mengisi air di dalamnya, seseorang membawa susu kambingnya tanpa sempat meminumnya, seseorang baru menyuap makanan ke dalam mulutnya sebelum sempat dia mengunyahnya. Ketika itu mereka tidak lagi berpeluang membuat pesanan wasiat kepada seseorang di kalangan ahli keluarganya. Begitu juga dengan seseorang yang berpisah dengan keluarga tidak sempat lagi untuk berkumpul semula. Pekikan itu datang dengan mendadak sehingga mereka akan mati kelaparan di mana sahaja ketika itu. Marilah sama-sama kita menginsafi betapa kerdilnya kita yang akan melalui peringkat perjalanan yang jauh, bermula daripada kehidupan dunia menuju ke alam kubur seterusnya dibangkitkan menjadi hamba Allah yang perlu taat dan patuh kepada perintah-Nya. Ini kerana kebahagiaan yang hakiki ialah apabila seseorang selamat dari neraka Allah dan dapat menghuni syurga-Nya


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقَاتِلَ الْمُسْلِمُونَ الْيَهُودَ ، فَيَقْتُلُهُمُ الْمُسْلِمُونَ حَتَّى يَخْتَبِئَ الْيَهُودِيُّ مِنْ وَرَاءِ الْحَجَرِ وَالشَّجَرِ ، فَيَقُولُ الْحَجَرُ أَوِ الشَّجَرُ : يَا مُسْلِمُ يَا عَبْدَ اللَّهِ هَذَا يَهُودِيٌّ خَلْفِي فَتَعَالَ فَاقْتُلْهُ ، إِلَّا الْغَرْقَدَ فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرِ الْيَهُودِ
Maksudnya : Tidak berlaku qiamat sehingga orang Islam memerangi kaum yahudi maka mereka akan diperangi oleh orang Islam sehingga yahudi akan bersembunyi di sebalik batu dan pokok lalu berkatalah batu atau pokok :Wahai orang Islam Wahai hamba Allah! ini dia yahudi dibelakangku maka datanglah dan bunuhlah dia melainkan pokok gharqad maka sesungguhnya ia merupakan pokok yahudi.

Antara tanda qiamat juga apabila para pejuang Islam akan memerangi yahudi habis-habisan sehingga musuh terpaksa sembunyi di sebalik pokok dan batu di mana batu dan pokok turut memberitahu tentang kedudukan musuh untuk dibunuh oleh umat Islam. Keyakinan yang diberitahu oleh nabi s.a.w ini pasti berlaku bukan dengan hanya menunggu sebagai penonton sebaliknya meneruskan perjuangan dan memberi sokongan kepada perjuangan umat Islam di bumi Palestin. Kita begitu kecewa bila ada orang yang mendakwa bahawa tidak berlaku jihad di bumi Palestin hari ini kerana jumlah pejuang Islam sedikit dan keadaan senjata yang lemah. Orang ini juga meminta agar umat Islam Palestin berhijrah sebagaimana hijrah nabi s.a.w dengan menyerahkan secara percuma bumi Isra’ dan Masjid Aqsa kepada zionis yahudi. Ingatlah kita bagaimana pertempuran dengan kafir termasuk zaman nabi s.a.w membuktikan bagaimana bilangan sedikit bukan penghalang besar kepada kemenangan yang dijanjikan oleh Allah. Malah kita ingat dalam Peperangan Mu’tah, Jordan pada tahun 8H antara tentera Islam berjumlah 3 ribu orang sahaja berdepan dengan tentera Rom seramai 200 ribu orang sehingga ramai di kalangan tentera Islam telah mencadangkan agar menghantar maklumat kepada Rasulullah S.A.W mengenai perkara ini tetapi panglima perang iaitu Abdullah bin Rawahah dengan tegas bangun menyatakan : Demi Allah! Adakah kita benci kepada sebab keluarnya kita ke sini iaitu memburu syahid. Kita bukan datang berperang semata-mata kerana ramai tentera, bukan kekuatan dan bukan kerana bilangan senjata tetapi kerana agama Islam yang telah Allah memuliakan kita dengannya. Maka maralah kamu sesungguhnya salah satu daripada 2 kebaikan akan kamu perolehi samada beroleh kemenangan atau pun gugur syahid bersama keredhaan Allah.

Firman Allah dalam ayat 65 surah al-Anfal:
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ حَرِّ‌ضِ الْمُؤْمِنِينَ عَلَى الْقِتَالِ ۚ إِن يَكُن مِّنكُمْ عِشْرُ‌ونَ صَابِرُ‌ونَ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ ۚ وَإِن يَكُن مِّنكُم مِّائَةٌ يَغْلِبُوا أَلْفًا مِّنَ الَّذِينَ كَفَرُ‌وا بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَّا يَفْقَهُونَ
Maksudnya: Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti.

            Marilah kita terus mengecam dan mengutuk kekejaman zionis Yahudi dan sekutunya dalam membunuh dan menindas umat Islam di bumi Palestin. Perbanyakkan doa kepada Allah dalam menghancurkan musuh dan memberikan kemengan yang besar kepada pejuang Islam disamping hulurkan bantuan berbentuk kewangan dan sebagainya. Kita juga mesti berusaha dalam memboikot syarikat yang jelas memberi sumbangan besar kepada zionis yahudi seperti Coca-cola, McDonald’s agar dapat memberi tekanan supaya mereka menghentikan bantuan kepada kezaliman yahudi Israel. Kita berasa kecewa apabila ramai yang bukan sahaja makan makanan segera ini malah melekatkan logo di kenderaan dengan penuh bangga. Dunia telah menyaksikan bagaimana boikot telah menyebabkan banyak syarikat dan barangan yang sebelum ini memberi sumbangan kepada zionis yahudi dalam membunuh umat Islam dan meruntuhkan Masjid Aqsa telah menarik balik sokongan dan sumbangan. Amerika Syarikat sendiri terpaksa membuat undang-undang bagi mendenda syarikat yang memboikot Israel kerana bimbang sekutunya akan lenyap dari muka bumi. Bangkitlah wahai umat Islam. Jangan terus membiarkan saudara kita menangis hiba ketika kita bergelak ketawa, saudara kita memekik kesakitan ketika kita menjerit kegembiraan. Berambus berambus wahai Yahudi! Tentera nabi Muhammad akan kembali untuk memerdeka bumi Palestin dan Masjid Aqsa yang tercinta

Wallahualam.....


Thursday 18 July 2013

Negara-negara Syiah


Soalan:
Iran merupakan negara Syiah yang terbesar. Selain Iran, negara manakah lagi yang bersekongkol dengan Yahudi atau Zionis dengan menunjukkan diri mereka sebagai pejuang Islam sedangkan mereka sebenarnya bekerjasama dengan Yahudi atau Zionis?


Jawapan:

Iran
Yang paling dekat pada hari ini ada beberapa negara di mana ideologi Syiah telah berakar di dalam negara tersebut. Pertama Iranseperti yang semua sedia maklum, kedua Iraq pada hari ini.Iraq pada hari ini telah ditadbir oleh Syiah setelah jatuhnya Saddam Hussein. Guru saya berbangsa Kurdi, bangsa Kurdi ini ketika pemerintahan Saddam belasan tahun dahulu, Saddam pernah menghantarkan bom beracun yang memusnahkan ratusan ribu rakyat Kurdistan. Kurdistan ini negara bermasalah di hujung Iraq di mana statusnya juga bermasalah.
Keturunan guru saya semua habis mati dalam serangan bom racun tersebut, tetapi beliau berkata, pada hari ini apa yang berlaku di Iraq jauh lebih teruk daripada zaman pemerintahan Saddam, kerana Syiah setiap hari mencari ahlus sunnah untuk dibunuh, mereka mencari. Kalau dahulu orang boleh singgah solat di Masjid Husain (masjid Syiah diIraq) tetapi pada hari ini tiada siapa pun yang berani masuk.
Mungkin akan ada yang berkata mereka pergi kesana tetapi tidak berlaku apa-apa masalah. Tetapi sekiranya golongan Syiah ini mengetahui bahawasanya kita adalah pejuang panji-panji ahlus sunnah wal jamaah, maka berhati-hatilah kita.

Lubnan
Seterusnya ialah Lubnan. Mereka berjaya menjadikan Lubnan negara syiah ketiga. Hasan Nasrullah yang digambarkan sebagai pejuang disokong. Mereka mengaitkan pula hizbullah mereka dengan hizbullah yang disebut di dalam Al-Quran. Letaklah nama hizbullah dan sebagainya, tetapi kita melihat pada isi dan hakikatnya. Ramai yang pada hari ini memakai nama Muslim, memakai nama Islam, walhal hakikatnya bukan Islam.
Berapa ramai orang pada hari ini namanya Muhammad tetapi perangai tidak terpuji. Nama tidak semestinya menggambarkan hakikat melainkan nama Allah SWT dan sifat-sifat-Nya, juga Nabi SAW dan sifat-sifatnya.
Mereka ini menggunakan nama Hizbullah, saya melihat sendiri pada masa itu ketika saya di Jordan, saluran TV mereka Al-Manar kepunyaan Hizbullah setiap hari mereka menampakkan perbarisan mereka. Dalam perbarisan mereka mengangkat bendera-bendera Khomeini. Apa kaitan Khomeini dengan Lubnan? Nampak sangat mereka berusaha menjadikan Lubnan negara syiah yang ketiga, setelahIrandanIraq. Mereka berjaya.

Bahrain
Kemudian pada hari ini, Bahrainyang mana hampir 60% rakyatnya pro-Syiah. Bahrain bersempadan dengan Saudi, berseberangan dengan Dammam. Sebab itulah dapat kita lihat pengaruh Syiah itu ada di Saudi, walaupun kerajaan Saudi tegas, mana-mana tunjuk sahaja sepanduk terus mereka tangkap. Sebab itulah kerajaan Saudi menghantar tentera menolong Bahrain, kita pula di sini ada puak-puak yang tidak bertanggungjawab menuduh kerajaan Saudi hendak menjadikan Bahrain negara wahabi yang seterusnya. Laa-ilaaha-illallah. Siapa yang bercakap begini, itu tandanya dia terpengaruh dengan puak-puak Syiah. Siapa bercakap begini tandanya dia Syiah, sebab syiah sangat anti-ahlus sunnah.
Saudi mempraktikkan mazhab ahlus sunnah wal jamaah, cuma kecenderungan mazhab pegangan ibadah mereka lebih cenderung kepada mazhab Hanbali, itu sahaja. Periksalah apa yang mereka sebutkan dari sudut fiqh ibadah, mereka mengikut mazhab imam Ahmad bin Hanbal kebanyakannya. Syiah sengaja menggambarkan dan mewar-warkan Saudi mengganggu urusan tadbir Bahrain, sedangkan yang menimbulkan masalah dan membunuh polis ialah puak-puak Syiah Rafidhah di Bahrain.
Kemudian apabila mereka tidak berjaya kerana pemimpin di Bahrain ahlus sunnah (walaupun mungkin wujud isu korupsi atau apa pun tetapi yang penting akidahnya masih ahlus sunnah), jadi mereka pergi kepada Syria.

Syria
Siapa pemerintah Syria? Basyar al-Assad. Basyar al-Assad ini akidahnya Syiah Nushairiah. Dahulu kita tidak pernah mendengar istilah Nushairiah, tetapi pada hari ini kita dengar. Ulama terdahulu telah bahaskan Nushairiah ini secara detil. Mereka ini akidah Syiah yang lebih ekstrim, dipanggil kategori Bathiniyyah, agama bagi mereka lebih kepada simbolik, antaranya bagi mereka Ali itu Tuhan. Bahkan mereka sanggup mempertuhankan imam mereka, menabikan, dan merasulkan pemimpin-pemimpin mereka. Sehingga mendakwa malaikat Jibril telah tersalah menyampaikan wahyu kepada Muhammad, sepatutnya Jibril menurunkan wahyu kepada Ali.
Semua boleh tengok di youtube bagaimana orang yang taksub kepada Basyar Al-Assad menyembah gambarnya. Di Syria, Syiah lebih kurang 30% sahaja. 70% adalah ahlus sunnah. Jadi janganlah kita menyamakan isu yang berlaku diSyria, tentang bagaimana rakyatnya memberontak kerana lain isunya dengan apa yang berlaku di Mesir, Libya, dan Yaman.
Di Syria tekanan yang diberikan puak Syiah sangat dahsyat sehingga mereka menanam ahlus sunnah hidup-hidup, juga menembak ahlus sunnah beramai-ramai. Jadi kebangkitan di sana merupakan bangkit atas dasar mempertahankan akidah. Itu di Syria pada hari ini.

Libya
Seterusnya Libya. Libya juga pengaruh Syiah, tokohnya Muammar Ghaddafi cenderung kepada Syiah Fathimiyyah. Sebab itu di dalam ucapannya beberapa tahun lalu (sudah diterjemahkan) secara tegas beliau mengatakan “kita Daulah Fathimiyyah, Mesir tidak boleh lari, mereka juga adalah Daulah Fathimiyyah. Kita akan bangkitkan semula kewujudan Daulah Fathimiyyah.” Fathimiyyah ini Syiah, dan ulama-ulama Timur Tengah telah memfatwakan akidah mereka terseleweng dari akidah ahlus sunnah wal jamaah. Kebangkitan masyarakat Libya adalah atas dasar korupsi yang berlaku. Jadi unsur-unsur (syiah) itu ada.
Di Yaman, mati seorang sahabat kita, pelajar melayu di Dammaj tempat pengajian Darul Hadis Syaikh Muqbil Al-Wadi’i yang sekarang digantikan oleh muridnya Syaikh Yahya Al-Hajurri. Mati seorang pelajar kita disana. Syiah mengepung pusat Darul Hadis dan menembak. Kemudian mereka menganjurkan untuk membuat gencatan senjata. Tujuan membuat gencatan senjata adalah untuk mengalihkan mayat-mayat dan kebumikan, untuk mengosongkan kawasan. Akan tetapi ketika dalam gencatan senjata Syiah mula menembak. Syiah memang pembohong. Memang mereka bertaqiyyah kerana taqiyyah adalah sebahagian daripada agama mereka. Kata mereka, tidak ada agama kecuali bagi orang-orang yang ada taqiyyah. Taqiyyah ini ialah menyembunyikan akidah mereka dan menzahirkan sesuatu yang sesuai dengan realiti masyarakat. Jadi apabila mereka bersama-sama kita maka mereka berpura-pura menyokong kita, begitulah cara penampilan mereka.
Jadi itu antara negara-negara yang perlu kita perhatikan pada hari ini. Termasuk apa yang berlaku pada negara kita. Rakyat negara kita sudah sibuk berdemonstrasi kemudian mengangkat gambar Khomeini pula kenapa? Maknanya mereka cuba memasukkan dan melaksanakan agenda mereka, menyebarkan doktrin-doktrin mereka agar membentuk persepsi-persepsi positif tentangIran, Khomeini, dan agenda-agenda syiah.

Wallahua’lam.


teks disediakan berdasarkan rakaman kuliah berikut :
SYIAH SESAT – UFB – Negara-Negara SYIAH
http://www.youtube.com/watch?v=N9jQH7u4a8Y

Bagaimana mengenal penganut agama Syiah?

Soalan:
Bagaimanakah caranya untuk kita mengenal orang yang berpegang dengan agama Syiah ini?

Jawapan:

Mula-mula sekali sebelum kita hendak mengenali orang yang menganut fahaman syiah ini, kita perlu mengenali apa itu syiah. Syiah di atas dunia mempunyai tiga kecenderungan yang besar. Mereka terpecah kepada banyak kelompok tetapi majoritinya adalah tiga kelompok besar seperti berikut.

Kelompok pertama dipanggil syiah mufaddholah (puji kelebihan), iaitu yang cenderung memuliakan ahlul bait (kaum keluarga Nabi). Mereka akan banyak bercakap tentang kemuliaan ahli keluarga Nabi; Ali, Fathimah, Hasan, Husain, dan lain-lain tetapi mereka tidak mengkafirkan sahabat Nabi. Mereka mengiktiraf Abu Bakar, Umar, Utsman sebagai khalifah, tetapi bagi mereka Ali tetap lebih mulia dengan tema atau slogan mereka, jawaazu-imaamatil-faadhil-ma’a-wujuudil-afdhal (harus menjadi imam orang yang baik dengan kebersamaan wujudnya orang yang lebih baik). Bererti Abu Bakar, Umar dan Utsman diharuskan menjadi khalifah walaupun (menurut pegangan mereka) Ali lebih baik daripada mereka semua. Mereka terkenal dengan nama Syiah Zaidiyyah, kebanyakannya di Yaman.

Kecenderungan kedua merupakan kelompok syiah majoriti di dunia ini iaitu Syiah Rafidhah. Rafidhah berasal daripada perkataan Ar-Rafdhu (tolak). Mereka digelar sebagai Rafdhu atau Rafidhah kerana mereka tidak mengiktiraf bahkan mengkafirkan dan melaknat sahabat dan isteri Nabi SAW seperti Abu Bakar, Umar, Utsman, Abu Hurairah, Muawiyah ibn Abi Sufyan, Aisyah, keturunan Muawiyah dan keturunan Umar keseluruhannya. Apa sahaja yang datang daripada kesemua sahabat yang mereka laknati tidak boleh diterima dan harus ditolak menurut mereka.
Mereka adalah majoriti yang datang dengan pelbagai nama pada hari ini, antaranya; Imamiyah Itsna Asyariyah (Imam 12), Ja’fariyah (ada di Gombak, Kedah, Perak, juga berakar dalam parti politik tertentu). Ini bahaya dan tidak boleh dianggap remeh kerana mereka mempunyai agenda.
Akidah mereka berbeza dengan akidah Ahlus sunnah. Kalau kita setakat berbeza fahaman parti politik, tetapi perbezaan dengan syiah ini lain. Mereka mengkafirkan sahabat Nabi bertujuan untuk meragukan sumber agama kita. Idea mengumpul Al Quran datangnya dari Umar, dan Abu Bakar mengarah Umar mencari penulis wahyu lalu Umar memilih Zaid ibn Tsabit dan mereka menulis Al Quran. Apabila syiah mengkafirkan sahabat maka Al Quran yang ada pada hari ini dianggap tidak boleh dipakai.
Mereka memiliki akidah taqiyyah (berbohong, berpura-pura). Menurut Imam mereka, tidak ada agama bagi sesiapa yang tidak bertaqiyyah. Mereka dituntut untuk menzahirkan sesuatu yang bersesuaian dengan masyarakat setempat dan menyembunyikan kepercayaan mereka.
Lihatlah sambutan Asyura yang setiap tahun mereka raikan, mereka melaknati Abu Bakar, Umar, dan sahabat Nabi yang lain. Baru-baru ini saya ke Oman bersama sahabat saya, kami memasuki sebuah masjid syiah. Di Oman ada 10-15% penganut agama syiah imam 12. Saya masuk ke dalam masjid mereka dan di situ ada batu-batu karbala iaitu tanah yang dimampatkan menjadi batu dan mereka sujud di atas tanah itu ketika solat kerana menganggap suci tanah tersebut.
Kemudian saya masuk ke dalam lagi dan pergi ke rak buku, saya mengambil satu buku kecil bertajuk Ziarah Asyura (Lawatan Hari Asyura). Saya membuka dan membacanya, di dalamnya terdapat doa-doa laknat ke atas sahabat Nabi beserta tatacara dan kaedah membaca doa-doa tersebut. Adapun tuntutan Nabi SAW ke atas kita pada hari asyura adalah dengan berpuasa, sedangkan mereka pada hari itu mencederakan diri dan mendoakan laknat ke atas sahabat Nabi kerana bagi mereka hari tersebut adalah hari kematian Husain.
Kepercayaan mereka berbeza dengan ahlus sunnah. Imam Mahdi mereka tidak sama dengan Imam Mahdi ahlus sunnah. Imam Mahdi menurut mereka adalah Imam mereka yang terakhir dan menunggu di dalam Gua Sardab. Imam Mahdi kita yang Nabi SAW beritakan ada ciri-cirinya berdasarkan hadis-hadis Nabi SAW, tetapi mereka menolak kesemua hadis-hadis tersebut kerana diriwayatkan oleh para sahabat.
Mereka menolak Sahih Bukhari, Sahih Muslim. Imam Bukhari mati di dalam buangan kerana dituduh oleh puak syiah sebagai Nashibi (pembenci ahli keluarga Nabi). Jadi perkara ini tidak boleh dibuat main, mereka menimbulkan syubhat dalam pemikiran kita. Ini adalah majoriti syiah yang sedang bertebaran di atas muka bumi pada hari ini.

Syiah yang ketiga, dan ini yang paling pelik. Mereka minoriti tetapi bergerak aktif di sebelah Syria, sempadan Jordan. Mereka juga terdapat di Lubnan. Syiah yang berkecenderungan kepada Bathiniyah (simbolik dan tiada amalan). Mereka menganggap ibadah seperti solat, haji, dan lain-lain hanya simbolik semata-mata. Bahkan pelampau mereka beriktikad malaikat Jibril tersalah menyampaikan wahyu kepada Muhammad, sepatutnya wahyu disampaikan kepada Ali bin Abi Thalib.
Akidah begini merupakan akidah yang membatalkan keislaman seseorang. Mereka datang dengan banyak nama, antaranya; syiah Nushairiyah seperti Bashar Al-Asad di Syria – mereka menyembah gambarnya kerana telah mengangkat imam mereka setaraf Tuhan, syiah Duruz, syiah Isma’iliyah di Pakistan, Aghakhaniyah di Afghanistan, Pakistan dan Malaysia (dalam kelompok kecil).
Ini adalah tiga kecenderungan syiah, cuma yang majoritinya adalah kelompok yang kedua.


Cara mengenali mereka

Syiah boleh dikenali melalui modus operandi atau cara mereka menarik kita.

Langkah Pertama: Mereka memulakan dengan memuji ahlul bait (ahli keluarga Nabi). Mereka akan kerap bercerita tentang kebaikan dan kemuliaan kaum keluarga Nabi; Ali, Fathimah, Hasan, dan lain-lain. Mereka menyeru untuk fokus dan bercakap tentang ahli keluarga Nabi sahaja, mengapa perlu bercakap tentang yang lain, kerana Nabi sangat mencintai kaum keluarganya. Oleh itu menurut mereka, memadai mengambil kebaikan daripada kaum keluarga Nabi.
Mereka membawa dalil-dalil daripada Al-Quran dan hadis akan kelebihan-kelebihan kaum keluarga Nabi. Kita perlu ingat bahawa Ahlus Sunnah wal Jamaah adalah orang yang paling cinta kepada Ahlul Bait. Paling cinta bererti mencintai sesuatu sesuai dengan tahap dan statusnya. Ini adalah ciri wasathiyah (kesederhanaan) yakni tidak berlebihan dan tidak berkurangan.
Kita perlu sayang dan kasih kepada Ahlul Bait. Tetapi kalau pada hari ini ada di kalangan yang mengaku keturunan Nabi tetapi melakukan maksiat, kejahatan dan kesalahan, maka kesalahannya tidak boleh dibiarkan. Kata Nabi SAW,
لو أن فاطمة بنت محمد سرقت لقطعت يدها
Maksudnya: “Kalau Fathimah bintu Muhammad mencuri aku akan potong tangannya.”
Sayang ada hadnya. Adapun syiah menyayangi ahlul bait dengan menganggap mereka bebas dosa, kerana syiah bertujuan hendak pergi ke peringkat kedua iaitu menceritakan kepada kita tentang imam-imam mereka dan seterusnya memaksumkan mereka.

Langkah kedua: Mereka mempopularkan imam-imam mereka; Khomeini. Antara slogan mereka, Saya tidak bercakap tentang akidah Khomeini, saya bercakap tentang revolusi yang dibawanya yang perlu kita contohi, perjuangan Hasan Nasrullah, Hizbullah. Hasan Nasrallah pejuang Islam, penentang Israel.
Mereka bertujuan membangkitkan semangat. Berapa kali syiah menyerang Amerika? Berapa kali mereka berperang dengan Israel sampai hancur. Sedang Amerika mencari Anwar Al Aulaki, menghantar kapal terbang automatik tiada orang, menembak menggunakan satelit, mencari Osama bin Laden sampai jumpa, mencari Saddam Hussein sampai jumpa, mencari Muammar Ghaddhafi sehingga dijumpai, sedangkan Muammar Ghaddafi itu berbillion kekayaannya, membina tempat keselamatannya dengan kekayaannya tetapi Amerika boleh cari juga.
Kenapa negara syiah seperti Iran, Lubnan dengan Amerika tidak berperang lagi sampai ke hari ini? Tiba-tiba menghantar peluru terkena dekat Palestin, tidak sengaja kononnya. Mereka ada agenda mereka, inilah dia taqiyyah Syiah.
Sebab itu ulama apabila membahaskan hadis Nabi yang menceritakan tentang Dajjal di akhir zaman, yang akan menjadi tentera Dajjal adalah 70 ribu orang daripada Asfahan, di Parsi. Ulama terdahulu sudah mengulas kemungkinan besar mereka ini adalah syiah rafidhah Imam 12.
Syiah sering bercerita tentang imam mereka, memuji Khomeini sebagai penulis buku hebat dan pelbagai pujian lagi. Bayangkan orang seperti P. Kalimuthu, kemungkinanlah dia pernah membantu orang kampungnya, kemudian orang memuji-muji P. Kalimuthu seorang yang baik, telah membantu ramai orang miskin. Adakah boleh diterima cerita seperti itu? Tidak boleh kerana orang tahu dia jahat, melakukan banyak pembunuhan, jenayah dan sebagainya. Begitu juga Khomeini, dia menulis dalam bukunya sendiri cercaannya ke atas sahabat Nabi SAW.
Andaikan saya mencerca dan mengkafirkan bapa kepada salah seorang kalian, adakah kalian mahu mendengar ceramah saya? Jadi bagaimana kita boleh memuji memuja dan mengangkat nama-nama orang yang mengkafirkan sahabat Nabi?
Abu Bakar RA adalah sahabat Nabi yang menemani baginda di dalam gua, orang yang dilantik oleh Nabi sebagai imam sewaktu Nabi pergi keluar ke mana-mana, yang Nabi kasih dan Nabi sayang, yang mana ketika semua orang tidak percaya kepada Nabi SAW, beliau menyatakan kepercayaannya kepada Nabi tanpa berbelah bahagi sehingga digelar sebagai As-Shiddiq.
Bagaimana kita boleh mendiamkan diri dengan orang yang mengkafirkan Umar Al Khatthab RA dan mengatakan perselisihan ini kecil. Anak Umar, Abdullah ibn Umar RA merupakan antara yang paling banyak meriwayatkan hadis. Umar yang tegas, pantang orang cuit sedikit sahaja beliau akan mengeluarkan pedang demi Islam. Bahkan Nabi SAW menyebut di dalam hadis bahawa syaitan tidak berani lalu tempat yang dilalui oleh Umar (lihat Sunan Tirmidzi).
Utsman RA yang Nabi memujinya seperti dalam riwayat Imam Ahmad “Tidakkah kamu malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya?” tiba-tiba kita boleh mendiamkan diri terhadap orang yang mengkafirkan sahabat-sahabat Nabi ini.
Aisyah RA wanita yang paling banyak meriwayatkan hadis, lantas dikafirkan oleh syiah. Apabila beliau dikafirkan bererti semua hadis yang diriwayatkannya tidak boleh diguna pakai.
Abu Hurairah sahabat Nabi yang paling banyak menghafal hadis pun turut dikafirkan, maka hadis Abu Hurairah tidak boleh diterima.
Jadi apa tinggal dengan agama kita? Mereka meragukan sumber agama kita, begitulah cara mereka merosakkan Islam. Mereka mengambil kitab mereka dan memuliakan imam mereka. Oleh itu berhati-hatilah dengan orang yang mengangkat nama Khomeini, mengangkat negara Iran.


Menyebarkan syiah melalui perkahwinan

Orang Iran cantik-cantik parasnya. Antara modus operandi mereka juga adalah melalui wanita dan lelaki Iran, seks dan perkahwinan. Mereka hantar lelaki-lelaki Iran belajar di negara kita, hidung mancung bak seludang, janggut elok, rambut cantik, setakat Sami Yusuf dan Maher Zain tidak ada apa. Siapa tidak bangga kalau dapat menantu paling handsome di kampung. Tetapi padahal mereka membawa ideologi syiah.
Di sebelah Afrika mereka menghantar perempuan-perempuan Parsi. Perempuan Parsi ini cantik, Allah berikan keindahan dan kecantikan kepada mereka sebagaimana kata Umar ketika Umar menghantar seorang lelaki di zamannya ke sana, di mana lelaki tersebut sangat kacak sampai semua orang lelaki dan perempuan terpegun melihatnya. Kemudian Umar menyuruhnya mencukur rambutnya, apabila dicukur semua rambutnya bertambah kacak, kemudian Umar menyuruhnya berhijrah ke negeri di belakang 2 sungai (Tigris dan Furat) iaitu Parsi kerana orang Parsi semuanya cantik-cantik belaka.
Itu sedikit sebanya cara mereka menyebarkan syiah. Yang paling jelas adalah mereka banyak mempopularkan ilmuan-ilmuan mereka seperti Khomeini, Hasan Nasrallah, dan sikit-sikit akan merujuk kepada Iran, mengangkat Iran sebagai negara Islam. Sedangkan negara Islam diiktiraf berdasarkan nama atau akidah?
Hal ini bukan hal yang kecil, hal ini serius. Dulu ada usaha tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin, antaranya nama-nama seperti Mustafa as-Siba’i, beliau antara tokoh terawal yang hendak taqrib (mendekatkan) Ahlus sunnah dengan Syiah. Beliau pergi duduk di Lubnan untuk beberapa tempoh, akhirnya mengaku usaha taqrib ini tidak boleh diteruskan kerana sumber agama syiah dan ahlus sunnah berlainan.
Syiah memiliki kitab hadis mereka sendiri, ahlus sunnah ada hadis kita sendiri. Syiah mengkafirkan sahabat Nabi, sedangkan kita membawa hadis dari para sahabat yang mereka kafirkan. Al Quran mereka mengandungi 17 ribu ayat, Al-Quran kita didakwa tidak cukup, ada surah-surah tertinggal. Hal ini disebut dalam kitab-kitab hadis mereka; Usulul Kaafi al-Kulaini. Al-Quran kita mengandungi 6236 ayat sedangkan Al-Quran mereka 17,000 ayat bererti Al Quran kita baru suku daripada Al Quran mereka.


Syiah Agama Politik
Pada hari ini mereka turut datang dengan nama Ja’fari dan masuk ke dalam politik tanah air. Kita perlu ingat bahawa syiah adalah agama politik. Sebab itu salah satu rukun Islam mereka adalah Al-Wilayah (kenegaraan). Setelah mendapat negara maka barulah sah rukun Islam wilayah mereka.
Maka sebab itu mereka seringkali memberontak dan cuba menjatuhkan pemerintah Islam yang sah, kerana mereka ada agenda untuk menguasai negara. Saya tidak kira mereka berada dalam parti mana. Jangan sekali-kali bagi ruang syiah masuk ke dalam parti. Bagi ahlus sunnah sahaja masuk. Itu sedikit berkaitan syiah.

Wallahu-A’lam...

Teks disediakan berdasarkan rakaman kuliah berikut :
http://www.youtube.com/watch?v=cHtKnU7iicY

Wednesday 17 July 2013


Ustaz Dan Ustazah 

 

 بسم الله الرحمن الرحيم

Sudah menjadi kebiasaan (saya tak kata semua), seorang yang bukan daripada bidang agama apabila dia berpenampilan menutup aurat, maka dia dicop sebagai golongan yang arif tentang agama. Alim katanya. Ilmu agama mesti penuh di dada. Gelaran 'ustaz' dan 'ustazah' diberikan. Walhal, mereka juga sebenarnya masih dalam proses meningkatkan kualiti diri. Adakalanya, mereka juga terkapai-kapai. Adakalanya mereka juga tercari-cari.

Bagi diri yang dipanggil dengan gelaran 'ustaz' atau 'ustazah' itu, terasa bagai ada satu beban yang terpikul. Terasa diri semacam tidak layak untuk mendapat gelaran sedemikian. Terasa diri terlalu banyak kekurangan. Terasa diri diselaputi dosa. Ditambah lagi dengan bidang yang diambil bukanlah dari cabang-cabang agama yang dijulang, lantas gelaran 'ustaz' atau 'ustazah' itu terasa sememangnya tidak layak untuk diri. Pernah rasa macam tu?

Saya yakin, mesti ada yang pernah mengalaminya sebab diri ini juga merupakan salah seorang daripadanya. Terasa diri sangat-sangat tidak layak. Ya, mungkin ada yang berpendapat.. "Alaa.. setakat gelaran, apalah sangat.. maksudnya sama jugak macam cikgu ke teacher ke..". Tapi, majoriti mentaliti masyarakat kini tidak mengizinkan pendapat yang mengatakan ianya hanyalah satu gelaran yang sama maksudnya dengan cikgu mahupun teacher.

Sebaliknya, gelaran 'ustaz' mahupun 'ustazah' itu membawa bersama-sama maksud bahawa seseorang itu mempunyai ilmu agama yang baik. Seorang yang alim. Bahkan, ada yang berpendapat golongan yang bertudung labuh, berjubah, dan berserban ini merupakan mereka yang mengetahui ilmu bahasa Arab, hafiz mahupun hafizah yakni penghafaz al-Qur'an. Sampaikan pensyarah yang dihormati turut memanggil dengan gelaran 'ustaz' mahupun 'ustazah' ini. Sehinggakan, sekiranya ada apa-apa yang berkaitan dengan bahasa Arab dan agama di bilik kuliah, pendapat kita diraikan dengan bertanya pendapat kita. Namun begitu, hakikatnya begitukah?

Percayalah, bukan semua mereka begitu. Bahkan, ada daripada golongan ini yang tidak pernah sekalipun bersekolah di sekolah agama. Ada yang masih bertatih. Ada yang masih dalam proses membiasakan diri. Pendek kata, masih dalam usia setahun jagung mengenal Allah. Namun begitu, apakah yang membezakan mereka dengan yang lain? Penampilan mereka. Ya. Mereka cuba sedaya upaya untuk mentaati suruhan-Nya. Sekurang-kurangnya mereka sudah terlepas daripada tanggungjawab menutup aurat.

Seterusnya, suruhan-suruhan-Nya yang lain pula cuba dipraktikkan dari semasa ke semasa. Mereka cuba menjaga tutur kata. Mereka cuba menjaga muamalat, iaitu cara bergaul antara bukan mahram dengan sebaik mungkin. Mereka cuba sedaya upaya menjaga habluminannas dan habluminallah. Namun begitu, sebagaimana lazimnya seorang manusia, fitrah mereka tetap ada, yakni imannya bersifat menaik dan menurun. Maka, sekiranya ada kekhilafan dan kealpaan mereka, tegurlah dengan berhikmah sebagaimana yang dituntut agama.

Sehubungan dengan itu, dalam masa yang sama, bagi saya.. mereka yang mendapat gelaran 'ustaz' atau 'ustazah' ini perlu sebenarnya berterima kasih kepada golongan yang memanggilnya sedemikian rupa. Mengapa? Hal ini demikian kerana, melalui gelaran tersebutlah sebenarnya, sedikit sebanyak membantu anda untuk lebih menjaga diri, untuk lebih mengawal adab sopan anda, untuk lebih mengawal perlakuan anda. Secara tidak langsung juga sebenarnya, anda telah berdakwah kepada orang-orang di sekeliling anda. Tahniah! Anda telah berjaya melakukan dan menyambung kesinambungan dakwah Rasulullah S.A.W. "Tapi bagaimana? Aku tak buat apa-apa pun?".

Siapa kata anda tidak melakukan apa-apa? Anda sebenarnya telah berdakwah kepada mereka. Secara tidak langsung, anda telah mendidik mereka menyemai satu sifat yang sangat dituntut, iaitu bersangka baik. Uslub dakwah itukan pelbagai!. Buktinya, tanpa perlu anda mengeluarkan sepatah kata sekalipun.. mereka tanpa sedar telah bersangka baik bahawa anda itu baik akhlaknya, baik imannya (kerana ustaz mahupun ustazah itu sangat sinonim dengan akhlak dan hati/iman yang baik, walaupun mungkin bukan semua). Sangkaan yang baik itu akhirnya diluahkan dan diterjemahkan dengan cara memanggil anda dengan gelaran ustaz mahupun ustazah.

Walau bagaimanapun, mungkin ada yang berpendapat gelaran tersebut dipanggil hanyalah kerana ingin memerli individu tersebut. Ya, mungkin sebahagiannya ada yang berfikiran sebegitu. Tapi, percayalah bahawa mereka yang berfikiran sedemikian juga pada asalnya memiliki rasa kagum dan hormat kepada anda. Namun begitu, dek perasaan itu telah diselaputi oleh satu perasaan yang dinamakan 'ego', maka mereka telah bertindak menutup segala rasa tadi. Jadilah mereka golongan yang sukar untuk menerima rasa hati sendiri.

Selain itu, melalui gelaran 'ustaz' mahupun 'ustazah' ini juga sebenarnya mampu menjaga diri kita. Buktinya? Jika ditanya kepada majoriti mereka yang berada dalam situasi ini mengenai gangguan yang diterima, saya yakin bahawa jawapan mereka seakan-akan sama. Jawapan yang bagaimana? Jawapannya, mereka seakan-akan dilindungi, seakan-akan dijaga, seakan-akan dikawal dalam erti kata menjaga tingkah lakunya serta dihormati. Semuanya diperolehi dengan jasa gelaran 'ustaz' mahupun 'ustazah' tersebut dengan izin Allah.

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".
(Surah al-Ahzaab : 59)

Lihatlah! Allah juga telah memberikan jaminan keselamatan bahawa mereka yang mengikuti suruhan-Nya ini tidak diganggu, dan saya yakin hampir semua orang yang berada dalam golongan ini juga memiliki kisah-kisahnya yang tersendiri yang menjadi bukti kata-kata Allah ini.

Sehubungan dengan itu, melalui gelaran ini juga secara tidak langsung mampu untuk mendidik diri yang digelar itu juga. Bagaimana? Tidak keterlaluan rasanya jika dikatakan gelaran tersebut mampu untuk menjadi guru kita. Masakan tidak, apabila diri dipanggil dengan panggilan yang sedemikian, masihkah kita sanggup membiarkan diri dihiasi dengan akhlak yang tidak sewajarnya? Akhlak yang tidak melambangkan akhlak Islam? Bagi nurani yang bersih, saya kira tidak sanggup untuk berakhlak sedemikian lagi. Maka, detik demi detik akhlak diri sedaya upaya cuba ditingkatkan, walaupun adakalanya sering tersungkur jatuh. Hal itu bukanlah suatu yang boleh menjadi batu penghalang untuk diri melakukan perubahan paradigma. Masa demi masa, ilmu agama makin ditingkatkan. Bukankah itu satu perkara yang baik?

Maka, saya rasa sangat-sangat wajar sebenarnya ucapan terima kasih ditujukan khas buat mereka yang memanggil dengan gelaran 'ustaz' mahupun 'ustazah' ini. Terima kasih!

Keistimewaan 30 hari sholat Tarawih pada Bulan Ramadhan

http://jalanakhirat.files.wordpress.com/2010/08/rahsia-fadhilat-solat-terawih.jpg

Solat tarawih adalah salah satu ibadah sunah di bulan ramadhan yang dilakukan selama 30 hari penuh, dan solat tarawih hanya dilakukan khusus pada bulan ramadhan saja.

Sudah banyak yang mengetahui tentunya apa saja yang menjadi keutamaan solat tarawih di bulan ramadhan. Solat tarawih memiliki keistimewaan-keistimewaan tersendiri di setiap hari-harinya. Apakah keistimewaan-keistimewaan tersebut? Bagi yang belum mengetahui,dengan rasa rendah hati saya bagikan maklumat mengenai 30 Keistimewaan Solat Tarawih Bulan Ramadhan yang saya ambil dari sumber Hadist dari Kitab Duratun Nasihin, Bab Keistimewaan Bulan Ramadhan..
 
30 Keistimewaan Solat Tarawih:

Malam Pertama : Siapa yang solat Tarawih pada malam pertama dihapuskan dosa seorang Mu’min seperti ketika ia di lahirkan.

Malam ke 02 : Solat Tarawih pada malam kedua di ampuni dosa dirinya dan kedua orang tuanya, jika keduanya Mu’min.

Malam ke 03 : Malaikat berseru dari ‘Arsy ” Telah diangkat amal dan dosanya yang telah lalu dan di ampuni oleh Allah SWT.

Malam ke 04 : Baginya mendapat pahala, seperti pahala membaca Kitab Taurat, Zabur, Injil dan AlQur-an.

Malam ke 05 : Allah SWT memberinya pahala seperti pahala Solat di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjid Aqsho.

Malam ke 06 : Allah SWT memberinya pahala Thawaf di Baitul Makmur dan dimintakan ampun baginya oleh setiap batu benda.

Malam ke 07 : Seumpama pahala yang di peroleh Nabi Musa A.S dan penolong dari kejahatan Fir’aun dan Hamman.

Malam ke 08 : Allah SWT memberikannya pahala seperti pahala apa yang diberikan kepada Nabi Ibrahim AS.

Malam ke 09 : Seumpama pahala Ibadah Nabi Muhammad SAW.

Malam ke 10 : Allah SWT memberinya rezeki dan kebaikan di dunia dan akhirat.

Malam ke 11 : Apabila Ia meninggal dunia, seperti dilahirkan dari Ibunya.

Malam ke 12 : Ia datang pada hari kiamat kelak dengan wajah berseri-seri seperti bulan purnama.

Malam ke 13 : Ia datang pada hari kiamat, selamat dari kejahatan.

Malam ke 14 : Malaikat menyaksikan bahwa sesungguhnya orang tersebut telah Solat Tarawih maka pada hari kiamat kelak Allah SWT tidak akan menghisabnya.

Malam ke 15 : Para malaikat berselawat kepadanya dan menjaganya di ‘Arsy dan kursi.

Malam ke 16 : Allah SWT mencatat baginya akan di bebaskan dari api neraka dan masuk surga.

Malam ke 17 : Diberikannya pahala seperti pahala para nabi.

Malam ke 18 : Satu Malaikat berseru : ” Hai Hamba Allah bahawasanya Allah SWT telah meredhoi kamu dan ke dua orang tuamu.

Malam ke 19 : Allah SWT akan mengangkatnya ke surga firdaus.

Malam ke 20 : Allah SWT memberikan pahala para Syuhada dan orang-orang Soleh.

Malam ke 21 : Allah SWT membuatkan baginya sebuah istana di surga dari cahaya.

Malam ke 22 : Pada hari kiamat nanti, selamat dari kesulitan dan kesusahan.

Malam ke 23 : Allah SWT membangunkan baginya sebuah kota di surga.

Malam ke 24 : Dua puluh empat (24) permintaanya di kabulkan oleh Allah SWT.

Malam ke 25 : Allah SWT mengangkatnya dari siksaan kubur.

Malam ke 26 : Allah SWT mengangkatnya baginya pahala empat puluh tahun (40 thn).

Malam ke 27 : Ia akan melewati jambatan Sirratul Mustaqim pada hari kiamat kelak seperti kilat menyambar.

Malam ke 28 : Allah SWT mengangkat baginya seribu (1000) darjat di surga.

Malam ke 29 : Allah SWT memberikan pahala seribu (1000) haji yang makbul.

Malam ke 30 : Allah SWT berfirman : Hai Hambaku, makanlah buah-buahan di dalam surga dan mandilah engkau dengan air Salsabil dan minumlah dari telaga kautsar, Aku Tuhanmu dan engkau hamba-Ku.


Setelah mengetahui 30 Keutamaan Shalat Tarawih diatas tentu sangat sayang sekali bukan jika kita meninggalkan ibadah shalat tarawih tersebut? Jadi, jika tidak ada halangan semoga kita semua dapat senantiasa selalu menunaikan ibadah sunah tersebut selama 30 hari penuh di bulan ramadhan ini.

Beruntung buat kaum adam yg tidak mempunyai halangan bulanan seperti halnya yg di alami kaum hawa..jadi jangan sia2kan kesempatan ini,sungguh beruntung kita masih di beri kesempatan untuk melaksanakan ibadah puasa & solat tarawih di bulan yg mulia ini..


Yang baik semuanya datang dari Allah...yang buruk datang dari saya sendiri..



Wallahualam..
 




Monday 15 July 2013

Berusaha Berubah Menjadi Baik



بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah,tiba-tiba hati ingin menggerakkan tangan untuk berkongsi sesuatu..Thank you to Allah, Yang menyedarkan hati dan menggerakkan jari jemari ini.
Seringkali terdengar..samada secara langsung (diucapkan terus kpd diri) atau tidak langsung (diucapkan kepada orang lain & telinga ini mendengar)...
"sapa la aku...aku tak layak...bukan baik pun.."
"aku ni biasa ja..ilmu dah la tak banyak..sekolah pun biasa ja, mana la layak nak tegur2 orang, nak buat kerja2 dakwah ni....haish, baik suruh orang lain...tu,tu...ha,dia tu bagus..kalau aku? janganla....rosak ja nanti.."
Hmm, nak kata memang selalu sangat dengar ucapan ni..dari dulu, sampai sekarang...dan di sini, saya sebagai orang biasa, dari sekolah biasa (bukan agama), ilmu biasa-biasa, bakat biasa-biasa, cakap biasa-biasa, personaliti biasa-biasa, tapi di sudut hati ingin selalu menjadi 'luar biasa'.
Dari di sudut hati tu, saya ingin berusaha semampunya supaya 'luar biasa' itu tercapai..bukan hanya disimpan rapi di sudut hati..tapi, cuba dikeluarkan melalui tindakan semampunya.
Tujuan Hidup..
Kalau di tanya, apa tujuan hidup kita? majoritinya semua dapat jawab dengan baik.... Dari mana kita datang.. Untuk apa kita datang (diciptakan).. Ke mana kita akan kembali..
Jawapannya hanya satu....

~ALLAH~

Allah yang bukan sekadar kalimah, tapi 'DIA lah ALLAH, Yang Maha Esa'..[Al-Ikhlas: 1-4] Tuhan sekalian alam, sekalian makhluk.


Moga para ahli 'ilmu dan pemimpin yang faqih dapat tampil bersama-sama, berbincang dan mencari solusi yg paling berhikmah dalam menyelesaikan isu aqidah ini dan memberi pendedahan kepada masyarakat muslim..bukan sekadar perbalahan kosong, utk kepentingan diri atau politik serta tindakan tak bermaruah yang makin merunsingkan dan membakar hati. Mereka ligat mencari helah, kita harus lebih hebat & bijaksana mencipta strategi..

Ok..kembali kepada objektif penulisan kali ni...Semua tahu Allah yg menciptakan kita, tahu apa tujuan kita diciptakan..tahu siapa kita..

Siapa kita?

Hamba dan Khalifah (pemimpin)

Hamba..semua orang kebanyakannya sudah sedar dia adalah hamba..solat 5 waktu, semua orang tahu kewajiban dia..segala ibadah wajib dan sunnah hanya untuk dirinya, untuk menambah berat penimbang amal soleh di SANA nanti..kerana tahu dia hamba.

Cuma, kadang- kadang terlupa dia hamba. Itu yang terjadinya kes kufur nikmat (tak bersyukur), tak redha, tak sabar, sombong dan sebagainya..

Tapi, tak ramai yg sedar dia adalah khalifah yg ditaklif (diamanahkan) oleh Allah di atas muka bumi ni.. Tanggungjawab pertama (hamba) dia dah settle, yang kedua belum lagi...Dia BELUM SEDAR dia adalah pemimpin...

Pemimpin kepada diri sendiri.. Pemimpin kepada keluarga, sahabat, teman dan semuanya.. Pemimpin yg selain dari dirinya yg dipanggil juga--pendakwah..

Berat kedengaran...tapi,cuba ringankan dengan merasakan tanggungjawab untuk melaksanakan amar makruf, nahi mungkar' atau paling mudah..cuba mendidik diri untuk selalu 'ingin memberi'...
Situasi ini yang semakin ku lihat kini, dalam usaha peng'kader'an adik-adik baru ke dlm platform dakwah & tarbiyah di sini..alhamdulillah, ramai yg dapat menerima, hanya sedikit yg masih di dlm konflik diri..

Wasiat Luqman Al-Hakim..

Luqmanul Hakim, namanya terukir dalam Al-Quran. Seorang sosok yg dianugerahkan hikmah oleh Allah... Sang ahli hikmah, lelaki biasa, bukan nabi..nasihat- nasihat nya berharga, hingga di abadikan dalam Al-Quran oleh Allah, dan dalam As-sunnah oleh Nabi Muhammad SAW..

Salah 1 wasiat Luqman kpd anaknya..adalah "amar ma'ruf nahi mungkar".

"Ya bunayya (wahai anakku), dirikanlah solat & suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik, dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yg mungkar.." [Luqman: 17]
'Ya bunyya'..panggilan manja dan mesra seorang ayah kepada anaknya..Berpesan pada anak-anaknya, untuk mengajak kepada kebaikan..mencegah segala keburukan..Tidak kira dia siapa pun..kewajiban jatuh di atas bahunya..
"Dan orang-orang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong sebahagian yang lain. Mereka menyuruh yg ma'ruf, mencegah dari yang mungkar.."[At-taubah: 71]
Ma'ruf adalah segala yang sesuai dengan Al-Quran & Sunnah..Mungkar adalah segala yang bertentangan dengan Al-Quran & As-sunnah.
Rasanya semua dah tahu..sedangkan bangsa2 lain pun pandai sebut dah..huhu.Mungkin makna yang difaham lain..hanya buat baik, dan jangan buat jahat. Semua agama mahu penganutnya begitu bukan?
Tapi, Islam perlu lebih dari mereka, sebab kita ada Al-Quran & As-Sunnah : The best guidance~
Allah SWT pun memuji umat Islam.."Kamu adalah umat terbaik yg dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada ma'ruf, dan mencegah dari mungkar serta beriman kpd Allah..." [Ali Imran: 110]
Pujian 'umat terbaik' kepada kita seharusnya di hargai..dibuktikan, bukan merendah-rendahkan diri sedangkan Allah sendiri yakin dengan kita..patutnya,kita ambil sebagai motivasi & pembangkit semangat~
Sasaran kita adalah manusia, hati manusia yang perlukan sentuhan yang berseni..kerana objek sasaran kita adalah pelbagai. rambut sama nampak hitam..tapi hati ada yang lembut, ada yang keras, ada yang suka mee, ada yang suka bihun...jadi,cara perlu lah kreatif dan pelbagai..dan itu juga perlukan ilmu..ilmu memikat.
Contohnya, bab memberi nasihat..
~sebaiknya secara sembunyi..personal dengan org yg nak dinasihatkan..> dari Abu Darda',
"siapa yg menasihati saudaranya terang-terangan, dia telah mencelanya, siapa yg menasihati saudaranya secara sembunyi, dia telah memperindahkannya.."
Jadi..bila nasihat diberi secara personal tak diendahkan & tak berhasil, terus saja nasihat secara terbuka. Terutama bila dia melakukan maksiat secara terang-terangan..dan ilmu2 lainnya....

5 Bekal..

5 bekal bagi orang yang melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar..
Pertama ~ Niat..dilandasi dengan niat IKHLAS kerana ingin membantu agama Allah. Kerana niat, menjamin seseorang itu boleh terus berada dalam jalan 'erti hidup pada memberi'.
Ke-2 ~ Ilmu..jadilah tamak dengan segala ilmu. Segala sesuatu yang baru, yang membawa kebaikan itu adalah ilmu. Ikutlah peredaran zaman, jangan masih ditakuk lama. Ilmu agama paling penting..disamping ilmu ilmu yang kita ambil sekarang. Zaman semakin mencabar, ilmu lah yang boleh dijadikan senjata & perisai diri..namun, ilmu tanpa amal, takkan sempurna dan sia-sia.
Ke-3 ~ Hikmah..bijaksana, lemah lembut, kasih sayang, belas kasihan & tiada kekerasan.
Ke-4 ~ Sabar..Sabar itu cahaya.Sabar itu indah..Allah sendiri berfirman dlm wasiat luqman, "dan cegahlah mereka dari perbuatan mungkar & bersabarlah dengan apa yg menimpa kamu.." [Luqman: 17]. Mengajak kepad kebaikan mudah berbanding mencegah kemungkaran..keran di situ UJIAN sedang menunggu.
Ke-5 ~ Amal..jangan jadi si ketam yg mengajar anaknya berjalan..sedang dia sendiri jalan tak betul lagi..suruh orang lain buat baik, tapi diri sendiri tak buat..[2: 44]. Mulakan dari diri sendiri~ Allah akan menguji apa yg kita katakan..jadi, berhati-hati dan beringatlah selalu. Moga kita dijauhkan dari perkara yang mengaibkan diri..

Erm, perlu berubah? Keikhlasan dan kebaikan itu boleh bermula dari keterpaksaan..berubahlah dalam keterpaksaan untuk suatu perubahan yang kekal suatu hari nanti. Harapnya~Tak salah memaksa diri utk mendapat redha Allah bukan..cuma jangan lupa betulkan & perbaharui niat selalu..sikit-siki..lama-lama jadi 'bukit'..utamakan 'keselamatan'.Jgn pula tersasar..

Pesan Cik Kura: 'Biar lambat, asalkan selamat (sampai tujuan--redha Allah)

Wahai Si pemberi kebaikan..
Wahai orang yang memberi pengajaran & nasihat kepada orang lain..hendaklah kamu menasihati diri kamu sendiri..
Kamu memberi ubat kepada orang yang sedang sakit..sedang kamu sendiri sedang sakit..
Kami melihat kamu berusaha memperbaiki akal kami dengan memberi petunjuk, namun ketahuilah usahamu itu takkan berhasil, kerana dirimu sendiri jauh dari petunjuk tersebut...
Mulailah dari diri sendiri, cegahlah diri sendiri dari perkara yang menyimpang..maka kamu orang yang bijaksana..kamu akan diterima untuk memberikan nasihat, ucapan dan..ajaran kamu layak utk diikuti..
Jangan kamu mencegah suatu perbuatan, sedang kamu sendiri melakukannya..ia merupakan aib yang teramat besar jika kamu melakukannya...

Rasulullah dengan wajah tenang dan bercahaya pernah menegaskan..
"waktu aku di isra' kan oleh Allah, aku melihat orang-orang yang bibirnya dipotong dengan gunting api neraka,kemudian aku bertanya, 'wahai Jibril, siapakah mereka itu?'. jawab Jibril, 'mereka adalah para pembicara dari umatmu, yang mengajak kepad kebaikan, akan tetapi mereka melupakan dirinya sendiri.Padahal mereka membaca Al-Quran, apakah mereka tidak berfikir..?" [HR Ahmad & Ibnu Hibban]

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiNljrqGgvXH28AR6V2kbqs0aP0xPEv7wAM05tnxE8sKAdc_JaJkrTgkbAIfD12NYwhsUssGqSn5xfK4EUaYnvjURUDjPE85YV_0xMtWH5Ddr9xQ7FxCV1lhALrHDMsQfIBb9jjYb-dZ7A/s320/8764223.jpg

Serulah kpd kebaikan... Cegahlah dari kejahatan...


Andai engkau melihat kemungkaran..
ubahlah ia dengan tanganmu..
jika tidak bisa dengan tanganmu..
ubahlah ia dengan lidahmu..
jika tidak bisa dengan lidahmu..
ubahlah ia dengan hatimu..(membenci & berdoa)
yang demikian adalah selemah-lemah iman..


**Sama2 kita berusaha..anda mampu mengubahnya~!(^_^)

Istiqarah Dulu Sebelum Jatuh Cinta






بسم الله الرحمن الرحيم


REMAJA dan CINTA. Dua perkara yang berkait rapat, amatlah sukar untuk dipisahkan. Sewaktu umur mula mencecah belasan tahun, mulalah hati tertanya-tanya mengenai cinta. Timbullah pula perasaan ingin mencuba. Dan kemudiannya, berlakulah pula cinta sementara; sekadar mainan semata.

Apabila umur mencecah dewasa, semakin didalami dunia cinta. Kini nafsu pula menyulami rasa. Cinta kini bukan sekadar bersifat sementara, malah dibaluti maksiat menambahkan dosa. Tiadalah disedari betapa diri sudah dihanyuti. Apabila saban hari menambah kemurkaan Ilahi, akhirnya tersentap menanyakan diri; apakah benar yang dilakukan ini?

Sedangkan diri mula menyedari, bahawa bersama si kekasih itu hanyalah akan menambahkan dosa-dosa lagi. Namun diri ingin benar pulang ke pangkuan Ilahi. Bagaimana caranya Ya Rabbi? Tinggalkanlah sesuatu itu andai jelas ia hanya akan memberatkan lagi kantung dosamu. Sampai bila ingin berterusan dalam melakukan dosa sebegitu?

Benar. Bukan mudah untuk meninggalkan si dia, apatah lagi cinta yang disulami bertahun-tahun lamanya. Namun sanggupkah dirimu menjadi penghuni neraka hanya kerana ingin menyelamatkan cinta yang belum tentu bakal menjadi milikmu buat selamanya? Kalau benar dirimu sayang pada dirimu sendiri, cinta dan si dia, lepas-lepaskanlah. Andai cinta dan maksiat ini berterusan, sanggupkah dirimu dan dirinya bertarung seksa di neraka Allah kelak?

Tiada gunanya ke hulu ke hilir bersama kekasih tercinta, berpegangan tangan melepaskan rindu tetapi akhirnya tidak berkesudahan yang indah; tidak disatukan dengan si dia. Jodoh bukanlah sesuatu yang boleh dipaksa. Kalau dia bukan untukmu, walau bercinta seribu tahun lamanya, kamu tetap tidak akan dapat memilikinya. Namun andai dia benar untukmu, walau tidak pernah bertemu, akan ditemukan jua oleh Allah untuk disatukan apabila tiba masanya.

Sudah begitu banyak cerita perihal jodoh yang baru bertemu pada pertama kali, namun terus disatukan tanpa perlu bercinta terlebih dahulu. Cintanya kemudian, yakni selepas disatukan. Fahamilah bahawa bila Allah sudah menetapkan dia untukmu, usah kau gusar kerana walau satu dunia menolaknya, jodoh itu tetap akan tiba dan engkau juga akan tetap dapat memilikinya.

Oleh yang sedemikian, janganlah engkau sesekali menggadaikan segala-galanya semata-mata untuk menjodohkan dirimu dengannya. Itu hanyalah perkerjaan yang sia-sia dan mendatangkan kemurkaan si Pencipta. Adalah menyedihkan apabila tiba masanya untuk disatukan dengan jodohmu yang sebenarnya, namun segala-galanya telah hilang kerana telah diserahkan pada kekasih yang terdahulu. Dan lebih menyedihkan andai engkau jelas tahu bahawa engkau sekarang terperangkap dan terhanyut dalam dosa cinta namun tetap berterus-terusan melakukan dosa yang sama.




Tinggalkanlah perkara itu andai ia membawa bibit-bibit dosa dalam hidupmu. Bahagiakah mendapat cinta manusia namun disulami kemurkaan Allah? Berkasih-sayang itu tidak salah. Mencintai seseorang itu juga tidak salah. Yang salah itu adalah apabila cinta itu salah dimanifestasikan.

Kalau benar sayangkannya, engkau akan sedaya upaya membawanya ke syurga. Andai tidak berjodoh sekalipun dengannya di dunia, mudah-mudahan engkau berjiran dengannya di sana. Namun andai ke hulu ke hilir bersama tanpa ikatan yg sah, apatah lagi berpegangan tangan dan melakukan perkara yang tidak bermaruah; itu hanya akan menjunamkan kamu berdua ke neraka.  Bercinta sehingga menimbulkan dosa-dosa maksiat itu bukanlah cinta sebenar. Itulah cinta yang diulit syaitan dan kenikmatan yang mengelabukan mata.

Cinta yang sejati ialah apabila cinta yang menemukan kembali dua hati di syurga. Cinta sebegini bukanlah cinta yang hina, malah cinta ini adalah cinta yang diredhaiNya. Oleh yang sedemikian, usahakanlah terlebih dahulu menjadikan dia sebagai cinta yang halal bagimu. Usahakanlah perkahwinan secepatnya; agar kamu berdua lebih terpelihara dan terjaga. Namun andai kata masih lagi terhalang dan belum tiba masanya, amanahkanlah si dia pada Allah. Allah akan mengembalikan dia kepadamu andai dia benar untukmu.

Doakanlah agar sepanjang perjalanan itu Allah melindunginya agar terpelihara dari gangguan yang lain dan pulangkanlah dia dan hatinya kembali kepadamu apabila tiba waktunya. Tidak perlu keluar berdua-duaan untuk menjaga hubungan cinta itu. Tidak perlu menayangkan gambar-gambar yang mendedahkan auratmu untuk meraih dan mengekalkan cintanya.

Tidak perlu meninggalkan mesej menggoda sehingga kesannya boleh menaikkan nafsu. Tidak perlu meluahkan kata cinta yang keterlaluan di Facebook sebagai bukti cintamu. Semua itu tidak perlu. Cukuplah kamu mengamanahkan dia pada Allah.

Namun andai dia berkesudahan dgn orang lain, usahlah kamu bersedih kerana Allah akan menggantikan apa yang kamu kehilangan dgn perkara yang jauh lebih baik.

Ummu Salamah sewaktu suaminya diambil Allah, dia berdoa agar Allah mengurniakan pahala di atas kehilangannya dan supaya Allah menggantikan kehilangan itu dengan perkara yang lebih baik. Waktu itu, tiadalah dia dapat menggambarkan siapakah yang lebih baik dari suaminya, Abu Salamah. Tidak tercapai dek akalnya siapa yang lebih baik dari suaminya itu.Namun tidak lama kemudian, Rasulullah S.A.W pun meminangnya. Benarlah bahawa Allah menggantikan apa yang Ummu Salamah kehilangan dgn yang lebih baik, dan tiadalah manusia yang lebih baik dari Rasulullah S.A.W.
Begitulah juga dengan kisah hidup manusia. Waktu ini mungkin dirimu merasakan bahawa mana mungkin perasaan cinta ini pada si dia ini dapat hilang walaupun dia ditemukan jodohnya dengan orang lain. Tahukah kamu bahawa dirimu sekarang dalam keadaan fikiran yang tidak tercapai dek akal sebagaimana Ummu Salamah tidak dapat membayangkan siapakah yang lebih baik dari suaminya? Namun apabila Allah menggantikan yang lebih baik kepadamu, waktu itu barulah kamu mula akan menyedari bahawa benarlah Allah menggantikan yang lebih baik.

Waktu itu perasaan cinta pada si pengganti yang telah ditetapkan Allah padamu itu akan bercambah dan mekar mewangi. Dirimu akan jauh lebih menyayangi dan mencintainya berbanding si dia yang hanya singgah sebentar dalam hidupmu.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, pada hal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu pada hal ia amat buruk untuk bagimu. Allah Maha Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui,"(Al-Baqarah:216)

Oleh itu, jangan gusar untuk melepaskan si dia sementara waktu dan mengamanahkan dia pada Allah. Allah pasti akan memberikan yang terbaik kepadamu kerana Dia benar-benar tahu apa yang terbaik bagimu, lebih daripada pengetahuan yang ada padamu. Adalah tidak salah berhubung dan bertanya khabar namun ikhtilat mesti dijaga. Tidak perlu berbual lama di telefon sehingga menimbulkan syahwat, apatah lagi berbual di malam hari. Tidak perlulah mesej 'sayang dan sayang' melampaui batas sehinggakan boleh menyebabkan boleh terjerumus ke kancah maksiat. Ingat, jangan sesekali menghampiri zina.

Simpan itu semua untuk dinikmati selepas disatukan sebagai suami isteri. Waktu itu tidak perlu takut-takut lagi, malah mendapat pahala kerana menyayangi si dia yang halal bagimu. Jangan ragu-ragu untuk meninggalkan perkara yang jelas mendatangkan dosa. Tinggalkanlah sahaja kerana Allah, dan agar engkau tidak menzalimi diri sendiri. Dan juga, berisitikharahlah. Keputusan jodoh ini adalah sesuatu yang besar dalam hidup seseorang insan, dan oleh itu serahkanlah pada Allah untuk menentukannya kerana Dia tahu apa yang terbaik untukmu.

Jawapan istikharah tidak semestinya datang dari mimpi, bimbang mimpi itu dipengaruhi keinginan hati dan gangguan syaitan. Hasil istikharah itu sebenarnya ketenangan hati yang tidak berbelah bahagi dan juga jalan yang dipermudahkan Allah. Jangan mendesak Allah untuk memberikan jawapan. Beristikharahlah sehingga hatimu tenang dan mendapat jawapan yang jelas. Sabarlah sementara menunggu keputusan dariNya. Dan apapun yang terjadi selepas dirimu beristikharah, ingatlah bahawa setiap yang terjadi itu adalah yang terbaik untukmu dan untuknya, sebagaimana apa yang didoakanmu sewaktu dirimu beristikharah. Ingatlah juga, bahawa Allah ada bersamamu. Yakinlah pada Dia dan setiap perancanganNya.

Akhir kalam, jangan sesekali biarkan dirimu terus hanyut dalam dosa kemaksiatan. Cintalah Allah terlebih dahulu sebelum dirimu mencintai makhlukNya. Wallahu'alam.

Moga Allah sayang dan redha ^_^