Social Icons

Pages

Thursday 20 June 2013

 KHAS BUATMU
 
entry ini aku tujukan khas buat insan yang pernah hadir dalam kehidupan ini ( jangan salah maksud ayat ye) hehe..mmg ayat tu universal..kalau ada sape-sape rasa memang seolah-olah diri dia tu..memang untuk dia la tu..hehe..erm..tapi sebelum tu aku ingin memohon maaf andainya satu hari nanti dia terbaca entry ni..bukan niat untuk memburukan tapi sebagai perkongsian dan peringatan untuk semua.

"MAAF".. perkataan yang paling mudahkan untuk diucapakan bagi orang yang melakukan kesalahan..?? tapi bagaimana pula orang yang kena memaafkan tu.??..rambut sama hitam tapi hati sume lain-lain.jadi jawapan tu semua ada pada diri kita sendiri. sedangkan nabi yang mulia tu maafkan umat,kenapa bukan kita yang hina ini saling memaafkan antara satu sam lain. mungkin ada yang akn berkata "itu nabi..bukan kita". tapi bukan ke kita ini umatnya..dan kita seharusnya mencontohi sikapnya dan mengamalkan sunnahnya..walaupun kita tak mampu jadi sepertinya..tapi yang peliknya kalau poligami tu semua orang nak ikut plak??musykil2.. urmm..ok..kembali ketajuk yang asal..anologi lain nya berbunyi macam ni..anggaplah kita membawa sebiji buah dan menyimpan buah tu dalam beg yang kita bawa setiap hari..lama-kelamaan buah itu akan busukan?? dan kita biarkan je buah tu kat dalam beg kita. sanggupkah kita meyimpan buah yang busuk kedalam beg tu??mesti tak kan? macam tu jugak dengan perasaan marah dan dendam itu. makin lama kita simpan,makin teruk jadinya..sanggupkah kita biarkan hati kita rosak dengan adanya perasaan seperti itu..cuba kita bayangkan andai kita tak suka maafkan kesalahan orang pada kita, mungkin orang juga mampu membuat sepertimana yang kita buat tu..apa perasaan kita bila kita ingin meminta maaf kat orang,dan orang tu buat tak tahu je..mesti sedih kan??jadi kita janganlah buat kat orang andai benda tu sendiri kita pun tak suka..tu kalau orang..kalau dengan Tuhan macamne plak?ok..ketuk dada tanya iman..

mungkin kaca yang pecah boleh dicantum semula, tapi bekasnya tetap ada. cubalah ..jangan biarkan nafsu amarah itu menguasai segalanya..hanya disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga.jadi kat sni sebagai insan hina dan tiada erti buatmu memohon..tolonglah jangan jadi seperti mereka yang telah membuat aniaya padamu..mungkin itu ujian yang terpaksa kamu hadapi..mungkin kamu rasa ujian tu terlalu berat..tapi cuba kita lihat orang kat luar sana yang terpaksa menghadapi bermacam-macam lagi dugaan yang lebih berat dari kita. ujian yang kita terima tu menunjukan bahawa Allah sayang akan kita. tapi andai kamu tetap dengan tindakan kamu itu,kamu sama sahaja seperti mereka..apa guna belajar ilmu agama yang tinggi tapi mempraktikan pada jalan yang salah. islam tak pernah ajar umatnya untuk berpecah belah dan menjatuhkan antara satu sama lain. sedangkan batu yang keras pun boleh dipecahkan oleh air,apatah lagi hati manusia. aku tahu, hatimu bukan lah sekeras itu, bagiku kau terlalu baik
mungkin lebih mulia dari diri ini.
cuma adakalanya ego menguasai diri..untuk akhirnya, ku mohon sejuta kemaafan andai membuatkan dirimu terasa..mungkin aku hannya mampu berkata-kata..dan selebihnya terserah padamu untuk menilainya..


"ya Allah Kau lembutkanlah hatinya, sinarilah hatinya dengan nur iman , limpahilah hatinya dengan kasih sayangMu dan bukalah pintu hatinya supaya ia nampak yang Kau sentiasa bersamanya dan lindungilah hatinya dari terus dikawal oleh perasaan marah dan benci akan setiap ujian yang kau hadirkan untuk dirinya " amin

salam ikhlas dariku,
insan yang bergelar manusia

0 comments:

Post a Comment