Social Icons

Pages

Tuesday 9 July 2013

Are You Ready for Ramadhan?



Are You Ready for Ramadhan?



Menanti Ramadhan dengan penuh harapan..Ramadhan yang dinanti-nanti dan dirindui....“ Membilang hari, terasa ingin benar mengecapi suasananya,”.........Itulah perasaan kita semua saat ini...

Pagi tadi, saya berkesempatan bertanyakan penetapan azam untuk Ramadhan tahun ini pada sahabat-sahabat saya...

“ Baiklah, saya nk tanya satu soalan setiap seorang,” Ujar saya.

“ Saya berhajat korang semua nyatakan apakah perkara utama menjadi fokus dan azam korang sume untuk Ramadhan yang bakal menjelang pd tahun kali ini,” Jelas saya sambil memandang wajah-wajah sahabat-sahabat saya.

Masing-masing mengganguk kepala.

Perkara-perkara yang akan menjadi inspirasi dan target untuk dikecapi di dalam Bulan Ramadhan kali ini kerana Allah SWT.

“ Temanya, Ramadhan tahun ini adalah Ramadhan yang terbaik dalam sejarah kehidupan kita!,” Sambung saya lagi.

Kelihatan semua memahami dan tekun memikir apa yang telah ditetapkan. Saya sendiri melaksanakan penetapan keazaman ini. Nampak biasa-biasa sahaja. Tetapi, apabila dikongsikan sesama kami saya tersentuh.

“ Baik, kita sama-sama berkongsi azam kita. Jangan malu-malu atau segan. Perkara yang baik, insyaAllah akan memberikan dorongan buat kita semua,” Kata saya.

“ Tahun ini, saya hendak pastikan di Bulan Ramadhan dapat baca Al-Quran tiap-tiap hari selepas Solat Fardu!,” Kata seorang kawan.

“ Ramadhan tahun ini, saya ingin berazam melakukan solat terawih secara konsisten setiap malam. Tiada yang miss seperti tahun lepas,” Kata seorang yang lain.

“ Tahun ini, akan tingkatkan amalan sunnat. Apa sahaja. InsyaAllah,” Tambah seorang sahabat yang lain.
"wah, semua ada niat dan amal yang sgt hebat utk Ramadhan. ^_^ alhamdullillah.Tapi nak tahu tak apa yg saya fikir dan mahu buat bila bertapaknya kaki saya pada 1 Ramadhan ?" ujar saya.
"Perkara utama yang akan saya buat adalah bersyukur sepenuh hati dan bertasbih(memuji Allah) sebanyak-banyaknya. Apa saya nak buat adalah saya nak sujud syukur dgn gembira. Doa saya selama ini "Allahumma ballighna Ramadhan" telah Allah tunaikan dan kabulkan, kini saya di dalam bulan ini.Saya sangat gembira(dengan ekspresi muka bercahaya). Semestinya kamu semua pun doakan benda yang sama kan? kan?
mungkin saja Allah tidak datangkan Ramadhan pada tahun ini... mungkin juga kita meninggal sesaat sebelum Ramadhan tiba, atau kemalangan atau banyak lagi kemungkinan yang tidak mustahil bagi Tuhan. Namun ,doa kita dikabulkan dan kita adalah yang terpilih. Apakah dikatakan hamba yang bersyukur jika ucapan syukur tidak dilafazkan dengan nikmat besar ini...? Subhanallah, kita yang menjadi pilihanNya."
"Satu lagi, syukur dan tasbih ini hanya kerana Allah masih memilih saya sebagai tetamu untuk Ramadhan kali ini, bulan pahala digandakan beratus kali, bulan keampunan dan bulan rahmat. Bulan Allah membuka seluas-luasnya pintu syurga. Bulan saya dapat merasai rahmat dan indahnya islam ini. Di mana saya dapat membuat amal dengan gembira kerana janjiNya dan hadiah daripadaNya yang tidak terhingga. Ramai yang tidak dapat berjumpa ramadhan. Ramai yang tidak terpilih, namun kita adalah pilihanNya. Syukur,syukur dan alhamdullillah (dengan suara yang kuat). Dan sebab itulah saya merasakan perkara pertama perlu kita lakukan adalah SUJUD SYUKUR." Baru kemudian saya akan lakukan sepertimana kalian semua beritahu td seperti tadarus Al-Quran, Qiam , mengamalkan solat sunat, dan lain2 lagi untuk menambahkan keberkatan dalam bulan Ramadhan nnti. InsyaAllah..
"Subhanallah..Ya allah, saya terlupa itu perkara utama yang perlu kita lakukan.Bersyukur kerana kita adalah pilihanNya..."ujar seorang sahabat saya..
"Jom sama-sama kita sujud syukur dgn sepenuh hati, kemudian mari kita perbaharui dan betulkan azam dan niat kita. Agar Ramadhan kali ini lebih memberi makna kepada diri, hati dan amal kita, insyaAllah..." kata seorang sahabat yang lain.

Alhamdulillah. Alhamdulillah.Alhamdulillah.

Kami gembira dan seronok berkongsi keazaman dan tekad masing-masing. Selepas ini sama-sama kita sematkan dalam diri agar ia dapat diamalkan dan digerakan sepanjang Ramadhan.
Terlalu banyak nikmat Allah, terlalu besar ganjaran Allah pada hambaNya yang benar-benar ingin menhidupkan Ramadhan, bulan pilihanNya. Apatah lagi yang benar ingin fokus (rokzu) dan berlumba-lumba (sibaaq) dalam amalan-amalan soleh di dalamnya.

Maka adakah kita mahu membiarkannya begitu sahaja...?

Rasullullah s.a.w apabila melihat anak bulan, baginda membaca:
"Wahai Allah, nampakkanlah (anak bulan ini) kepada kami dengan aman dan iman, keselamatan dan islam, Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah, bulan petunjuk dan kebaikkan." HR Tarmidzi, beliau menyatakan hadis ini hassan.

Daripada Abu Hurairah r.a,Rasullullah s.a.w bersabda,"Allah berfirman :
"Setiap amalan anak adam adalah untuknya sendiri melainkan puasa, kerana puasa adalah untukKu dan aku akan membalasnya." Puasa itu adalah benteng (dari api neraka). Jika salah seorang daripada kamu berpuasa, hendaklah jangan berkata kotor, juga jangan marah. Jika ada orang mencacinya atau menyerangnya, maka hendaklah dia mengatakan, 'Sesungguhnya aku sedang berpuasa.' Demi zat yang jiwa Muhammad ada di tangannya, nafas (bau mulut) orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah dari minyak kasturi. Orang berpuasa mempunyai dua kebahagiaan, iaitu dia berbuka dengan gembira, dan jika dia menemui Tuhannya nanti, dia akan bahagia dengan puasanya itu." Muttafaqun alaih.


Maka sahabat-sahabatku semua, nikmat Tuhan manakah lagi ingin kamu dustakan ?
Ayuh, sucikan hati, tingkatkan amal dan berusahalah untuk berterusan dalam menggerakkan amal dan mengajak semua yang bernama hambaNya kembali kepda fitrahnya yang asli.


"اللهم انك عفو كريم تحب العفو فعف عنا"
Maka, kamilah hambaMu yang mengharapkan keampuanan dan rahmatMu Tuhan.


“ Ramadhan, agenda sehariannya harus dijadualkan,” Pesan seorang Murabbi.

Itulah yang saya pelajari baru-baru ini. Ramadhan bukan untuk dilalui detik-detik keberadaannya begitu sahaja. Tanpa apa-apa planning yang rapi dan terancang. Ia harus diprogramkan dan dijadualkan. Kerana apa?

Kita tidak mahu tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi. Rugi seperti manusia-manusia yang digambarkan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang bermaksud :
“ Rugilah seseorang yang memasuki bulan Ramadhan, namun bulan ini berlalu sementara (dosa-dosanya) masih belum diampuni.” ( Riwayat Ibn Khuzaimah dan Ibnu Hibban)

Jangan jadi manusia-manusia yang rugi.
Dosanya tidak terhapus setelah melalui Ramadhan. Terminal atau stesen pembersihan hati tidak difungsikan sepenuhnya buat dirinya.
“ Rugi”
“ Rugi”
“ Rugi”

Jangan kita jadi manusia yang rugi! Marilah kita target dengan jiwa yang besar.

“ Padamkan dosa dengan pahala sesuai dalam Ramadhan tahun in.”

Dan, hasilnya adalah ganjaran taqwa buat kita semua. InsyaAllah.
Bukan semudah itu untuk meraih ganjaran Taqwa yang ditawarkan oleh Allah SWT di sepanjang Ramadhan.

Marilah, kita menanam keazaman untuk melakukan sesuatu
yang luar biasa pada Ramadhan kali ini.
Menetapkan keazaman.
Memfokuskan haluan kita
Merencanakan agenda harian di Bulan Ramadhan.
Dan, melaksanakan ia dengan keikhlasan dan kesungguhan.


Anggaplah inilah Ramadhan yang terakhir buat kita!!!!!!

Andai ini Ramadhan yang terakhir, marilah kita sama-sama melaksanakan ibadah di Bulan Ramadhan ini dengan keikhlasan dan kesungguhan yang tiada tara.
Ramadhan menjadi medan setiap muslim terus-menerus mempertingkatkan diri untuk mencapai darjat taqwa. Malah, harus disedari kedatangan Ramadhan merupakan satu peristiwa yang sangat bermakna dan agenda yang terpenting di dalam agenda kehidupan seorang mukmin yang soleh. Salaful Soleh terdahulu mempersiapkan diri untuk menyambut bulan Ramadhan sejak bulan Rejab lagi.
Persiapan. Ia sangat-sangat penting untuk dipedulikan.
Bagaimana persiapan dan persediaan para pembaca?
Bagi, para salaful soleh yang silam mereka sentiasa getting ready for Ramadhan.
Bagi mereka, Ramadhan adalah bulan kecintaan, bulan menambah kerinduan, bulan menadah hujan kerahmatan dan bulan menyuburkan rasa kehambaan kepada Allah SWT.

Ramadhan ia sangat istimewa

Bagi Ramadhan juga digambarkan sebagai bulan peperiksaan. Bulah menghadapi ujian-ujian yang pelbagai bagi mendapat keputusan yang cemerlang. Jika lulus dengan cemerlang maka mereka akan dianugerahi dengan ijazah takwa. Maka, bulan Rejab dan Syaaban yang lalu  menjadi medan persiapan dan persediaan bagi mempersiapkan diri. Persiapan ini perlu agar, Ramadhan dihadapi dengan penuh kesediaan, dan dilalui dengan keyakinan.

Para sahabat dan salaful soleh juga mengganggap bulan Ramadhan sebagai musim tengkujuh. Bulan Ramadhan – bagi mereka- sarat dengan keberkatan dan kebaikan yang melimpah ruah bagaikan hujan lebat turun dari langit. Iaitu hujan hidayah, hujan keampunan, hujan rahmat, dan belas kasihan Allah SWT.

Bayangkan, dengan penuh nyaman hembusan rahmat Ramadhan melimpahi kehidupan para  pencinta kebenaran dan kebaikan. Ia adalah satu anugerah yang sangat berharga dan mampu memberi kekuatan rohaniyah kepada jiwa-jiwa mukmin yang mencintai dan menyayangi Allah SWT.

Justeru, masih belum terlambat untuk kita melakukan persiapan dan persediaan diri. Ramadhan membuka peluang dan kesempatan yang luas untuk kita merasai kemanisan beribadah di dalamnya dengan tenang dan damai.

Marilah kita mengisi Bulan Ramadhan dengan menghitung kelalaian diri, menyuluh kesihatan rohani serta memperbanyakan amalan kesolehan yang akan menjernihkan hati. Allah SWT sentiasa membuka pintu langit keampunan untuk mendengar rintihan dan pengaduan hamba-hambaNya yang banyak dosa dan noda.
Inilah peluang pengampunan buat diri pendosa yang sangat mengharapkan keampunan dan rahmat daripada Allah SWT.

Insafilah peringatan dari Nabi Muhammad SAW tentang mereka yang keluar dari Ramadhan tetapi tidak mendapat manfaat serta gagal meraih keampunan daripada Allah SWT. Kata Nabi, celakalah orang itu.

Harapan buat kita semua

Pagi tadi juga sempat saya titipan mesej nasihat awal pagi buat sahabat-sahabat saya :

“ Islam tidak akan diperjuangkan oleh mukmin yang bangun dari tidur selepas azan Subuh. Pesan para ulamak, mukmin itu dikira lalai apabila ia bangun setelah azan Subuh dikumandangkan. Marilah kita berazam dengan penuh tekad dan kesungguhan untuk bangun awal pagi sebelum azan Subuh dan mempertingkatkan amalan soleh.”

Tambah saya lagi sebagai ingatan buat diri :

“ Jadikan Ramadhan mendatang sebagai turning point perubahan kerana Allah SWT”

Mudahan Ramadhan kali ini akan membuka lembaran baru dan memberi sinaran kejayaan dan kemenangan yang hakiki kepada mereka-mereka yang ikhlas dalam beramal sepanjang Ramadhan di pagi Syawal yang mulia.

Semoga Ramadhan yang dicintai dan dirindui ini memberikan roh yang baru dan hidup untuk terus kita menjadi hamba Allah SWT yang taat, soleh dan bertaqwa di bulan-bulan seterusnya!InsyaAllah..

0 comments:

Post a Comment