KISAH BUDAK PENJUAL KUIH
Selepas
seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan
highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya
lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di
sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang
kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.
"Abg nak beli kuih?"Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaannya.
"Tak
apalah dik...abg dah pesan makanan," jawab saya ringkas. Dia berlalu.
Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit
kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain,
sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu
saja.
"Abg dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.
"Abg
baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni,"kata saya sambil
menepuk-nepuk perut. Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai
di situ, dia meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu
ditanya...
"Tak nak
beli kuih saya bang..pak cik...kakak atau makcik". Molek budi bahasanya!
Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya
bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di
hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung
tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya
enggan membeli kuihnya.
Selepas
membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta.
Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama.
Saya buka pintu , membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya
menghidupkan enjin,kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia
menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas
senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun.
"Abg
dah kenyang, tapi mungkin abg perlukan kuih saya untuk adik-adik abang,
ibu atau ayah abang,"katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi
dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang
penutupnya. Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul
persaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan
sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.
"Ambil
ni dik! Abang sedekah... tak payah abang beli kuih tu" saya berkata
ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu
menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan
kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.
Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah
terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10
pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.
Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil
kanak-kanak itu.
"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.
"Kenapa adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu?Duit tu abg bagi adik!" kata saya tanpa menjawab pertanyaannya.
"Bang
saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya
mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah
berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit
sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah.
Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!"
katanya begitu lancar.Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup
kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua
harga kuih dalam bakul itu.
"Abg
nak beli semua ke?" dia bertanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya
kelu nak berkata."RM25 saja bang.....!Selepas dia memasukkan satu
persatu kuihnya ke dalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan
terima kasih dan terus berlalu.
Saya
perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke
Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak
yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang
saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi
kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu
penghormatan. Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia
menyedarkn saya, siapa kita sebenarnya!!! ---
Wednesday 10 July 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment