Qiamat DiYakini Yahudi DiPerangi
السلام عليكم
Wahai
hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan
sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan
Islam.
Saya
menyeru diri saya sendiri dan juga kalian semua sekalian agar kita
sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan
melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Firman Allah dalam ayat 187 surah al-A’araf:
يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا ۖ قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِندَ رَبِّي ۖ لَا يُجَلِّيهَا لِوَقْتِهَا إِلَّا هُوَ ۚ ثَقُلَتْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ لَا تَأْتِيكُمْ إِلَّا بَغْتَةً ۗ يَسْأَلُونَكَ كَأَنَّكَ حَفِيٌّ عَنْهَا ۖ قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِندَ اللَّـهِ وَلَـٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
Maksudnya: Mereka
bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: “Bilakah masa
datangnya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah
ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan
kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu
amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di
bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut”. Mereka
bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah:
“Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah,
tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”
Perjalanan masa
yang begitu pantas sepatutnya mengetuk hati kita untuk sama-sama
bermuhasabah menghitung diri tentang persiapan bekalan akhirat kita dan
usaha dalam memohon keampunan daripada Allah atas segala dosa yang
dilakukan. Kita sebagai umat yang beriman kepada Allah dan
hari Qiamat sewajibnya tidak merasa panik dan takut dengan ramalan ini
kerana kita yakin bahawa tarikh Qiamat yang sebenar hanya diketahui oleh
Allah. Sebaliknya kita mesti berebut-rebut untuk menambahkan bekalan
akhirat bukannya sibuk mencari tarikh Qiamat kerana banyak tanda-tanda
Qiamat samada besar atau kecil telah berlaku pada zaman kita. Ikutlah
arahan Allah dan rasulNya dalam berdepan dengan Qiamat dan jauhi segala
larangannya serta jangan termasuk dalam golongan yang menjadi tanda
Qiamat iaitu pemimpin yang khianat, anak yang derhaka ibubapa, peniaga
yang menipu dan sebagainya. Jadikan nabi s.a.w sebagai ikutan dan orang
soleh sebagai teman agar kita dibangkitkan di akhirat nanti bersama
dengan mereka.
عَنْ
أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ السَّاعَةِ فَقَالَ مَتَى السَّاعَةُ
قَالَ وَمَاذَا أَعْدَدْتَ لَهَا قَالَ لَا شَيْءَ إِلَّا أَنِّي أُحِبُّ
اللَّهَ وَرَسُولَهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ أَنْتَ
مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ قَالَ أَنَسٌ فَمَا فَرِحْنَا بِشَيْءٍ فَرَحَنَا
بِقَوْلِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْتَ مَعَ مَنْ
أَحْبَبْتَقَالَ
أَنَسٌ فَأَنَا أُحِبُّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
وَأَبَا بَكْرٍ وَعُمَرَ وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ مَعَهُمْ بِحُبِّي
إِيَّاهُمْ وَإِنْ لَمْ أَعْمَلْ بِمِثْلِ أَعْمَالِهِمْ ( رواه البخاري
ومسلم(
Maksudnya
: Anas bin Malik berkata bahawa ada seorang arab badwi bertanya :
“Bilakah berlakunya Kiamat?” Rasulullah s.a.w bersabda, “Apakah
persiapan engkau untuk menghadapinya?” Lelaki itu menjawab, “Tiada
sesuatu amalan pun kecuali aku mencintai Allah dan RasulNya.” Rasulullah
s.a.w bersabda, “Engkau akan tetap bersama orang yang engkau cintai.
Anas telah berkata : Maka tiada apa yang lebih menggembirakan kami
dengan suatu yang diucapkan oleh nabi iaitu engkau akan tetap bersama
orang yang kamu cintai. Seterusnya Anas berkata : Maka aku mencintai
nabi s.a.w, Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar dan aku berharap agar
dapat bersama-sama mereka semata-mata perasaan cinta terhadap mereka
walaupun aku tidak beramal sebagaimana amalan mereka
Firman Allah dalam Surah Yaasin ayat 48-49:
وَيَقُولُونَ مَتَىٰ هَـٰذَا الْوَعْدُ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ ﴿٤٨﴾ مَا يَنظُرُونَ إِلَّا صَيْحَةً وَاحِدَةً تَأْخُذُهُمْ وَهُمْ يَخِصِّمُونَ
Maksudnya :Dan
(apabila mereka diingatkan tentang huru-hara dan balasan akhirat)
mereka bertanya (secara mempersenda): ” Bilakah datangnya (hari akhirat)
yang dijanjikan itu? Jika betul kamu orang-orang yang benar (maka kami
sedia menunggu)!”, Mereka tidak menunggu melainkan satu pekikan yang –
(dengan secara mengejut) akan membinasakan mereka semasa mereka dalam
keadaan leka bertengkar (merundingkan urusan dunia masing-masing).
Kita
jangan menjadi umat yang sibuk mencari tarikh Qiamat dan hanya melihat
sahaja tanda-tanda Qiamat berlaku di depan mata tanpa mengambil iktibar
apatah lagi berlumba-lumba untuk menambah bekalan akhirat disamping
menjauhi larangan Allah. Kedahsyatan tentang Qiamat banyak disebut dalam
al-Quran dan hadis nabi antaranya pekikan kuat yang menyebabkan semua
hancur musnah. Ibnu Jarir meriwayatkan daripada Ibnu Umar yang berkata:
“Sebenarnya sangkakala akan ditiup ketika manusia berada di jalan,
majlis-majlis dan pasar-pasar. Ketika itu sehelai kain masih berada di
tangan dua orang yang sedang tawar-menawar, tiba-tiba mereka terkejut.”
Ibnu Kathir berkata: “Mereka tidak menunggu kecuali satu teriakan
sahaja. Ketika ditiupkan sangkakala, manusia masih lagi bertengkar,
tawar-menawar di pasar-pasar. Malaikat Israfil diperintahkan Allah SWT
meniup dengan kuat dan berterusan, tidak satu makhluk yang terkecuali
mendengarnya lantas semuanya dibangkitkan dan berkumpul di hari kiamat.”
Imam
al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah hadis daripada Abu Hurairah,
bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: Qiamat akan berlaku
ketika dua orang masih merentang sehelai kain dalam proses
tawar-menawar hingga kedua-duanya tidak sempat lagi meneruskan urusan
jual belinya, apatah lagi melipat semula kainnya itu.
Qiamat
juga akan berlaku ketika seseorang baru menyimen kolahnya sebelum
sempat mengisi air di dalamnya, seseorang membawa susu kambingnya tanpa
sempat meminumnya, seseorang baru menyuap makanan ke dalam mulutnya
sebelum sempat dia mengunyahnya. Ketika itu mereka tidak lagi berpeluang
membuat pesanan wasiat kepada seseorang di kalangan ahli keluarganya.
Begitu juga dengan seseorang yang berpisah dengan keluarga tidak sempat
lagi untuk berkumpul semula. Pekikan itu datang dengan mendadak sehingga
mereka akan mati kelaparan di mana sahaja ketika itu. Marilah sama-sama
kita menginsafi betapa kerdilnya kita yang akan melalui peringkat
perjalanan yang jauh, bermula daripada kehidupan dunia menuju ke alam
kubur seterusnya dibangkitkan menjadi hamba Allah yang perlu taat dan
patuh kepada perintah-Nya. Ini kerana kebahagiaan yang hakiki ialah
apabila seseorang selamat dari neraka Allah dan dapat menghuni
syurga-Nya
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” لَا
تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقَاتِلَ الْمُسْلِمُونَ الْيَهُودَ ،
فَيَقْتُلُهُمُ الْمُسْلِمُونَ حَتَّى يَخْتَبِئَ الْيَهُودِيُّ مِنْ
وَرَاءِ الْحَجَرِ وَالشَّجَرِ ، فَيَقُولُ الْحَجَرُ أَوِ الشَّجَرُ : يَا
مُسْلِمُ يَا عَبْدَ اللَّهِ هَذَا يَهُودِيٌّ خَلْفِي فَتَعَالَ
فَاقْتُلْهُ ، إِلَّا الْغَرْقَدَ فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرِ الْيَهُودِ“
Maksudnya : Tidak
berlaku qiamat sehingga orang Islam memerangi kaum yahudi maka mereka
akan diperangi oleh orang Islam sehingga yahudi akan bersembunyi di
sebalik batu dan pokok lalu berkatalah batu atau pokok :Wahai orang
Islam Wahai hamba Allah! ini dia yahudi dibelakangku maka datanglah dan
bunuhlah dia melainkan pokok gharqad maka sesungguhnya ia merupakan
pokok yahudi.
Antara
tanda qiamat juga apabila para pejuang Islam akan memerangi yahudi
habis-habisan sehingga musuh terpaksa sembunyi di sebalik pokok dan batu
di mana batu dan pokok turut memberitahu tentang kedudukan musuh untuk
dibunuh oleh umat Islam. Keyakinan yang diberitahu oleh nabi s.a.w ini
pasti berlaku bukan dengan hanya menunggu sebagai penonton sebaliknya
meneruskan perjuangan dan memberi sokongan kepada perjuangan umat Islam
di bumi Palestin. Kita begitu kecewa bila ada orang yang mendakwa bahawa
tidak berlaku jihad di bumi Palestin hari ini kerana jumlah pejuang
Islam sedikit dan keadaan senjata yang lemah. Orang ini juga meminta
agar umat Islam Palestin berhijrah sebagaimana hijrah nabi s.a.w dengan
menyerahkan secara percuma bumi Isra’ dan Masjid Aqsa kepada zionis
yahudi. Ingatlah kita bagaimana pertempuran dengan kafir termasuk zaman
nabi s.a.w membuktikan bagaimana bilangan sedikit bukan penghalang besar
kepada kemenangan yang dijanjikan oleh Allah. Malah kita ingat dalam
Peperangan Mu’tah, Jordan pada tahun 8H antara tentera Islam berjumlah 3
ribu orang sahaja berdepan dengan tentera Rom seramai 200 ribu orang
sehingga ramai di kalangan tentera Islam telah mencadangkan agar
menghantar maklumat kepada Rasulullah S.A.W mengenai perkara ini tetapi
panglima perang iaitu Abdullah bin Rawahah dengan tegas bangun
menyatakan : Demi Allah! Adakah kita benci kepada sebab keluarnya kita
ke sini iaitu memburu syahid. Kita bukan datang berperang semata-mata
kerana ramai tentera, bukan kekuatan dan bukan kerana bilangan senjata
tetapi kerana agama Islam yang telah Allah memuliakan kita dengannya.
Maka maralah kamu sesungguhnya salah satu daripada 2 kebaikan akan kamu
perolehi samada beroleh kemenangan atau pun gugur syahid bersama
keredhaan Allah.
Firman Allah dalam ayat 65 surah al-Anfal:
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ حَرِّضِ الْمُؤْمِنِينَ عَلَى الْقِتَالِ ۚ إِن يَكُن مِّنكُمْ عِشْرُونَ صَابِرُونَ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ ۚ وَإِن يَكُن مِّنكُم مِّائَةٌ يَغْلِبُوا أَلْفًا مِّنَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَّا يَفْقَهُونَ
Maksudnya: Wahai
Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang.
Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat
menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika
ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu
orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu)
orang-orang yang tidak mengerti.
Marilah kita terus mengecam dan mengutuk kekejaman zionis Yahudi dan
sekutunya dalam membunuh dan menindas umat Islam di bumi Palestin.
Perbanyakkan doa kepada Allah dalam menghancurkan musuh dan memberikan
kemengan yang besar kepada pejuang Islam disamping hulurkan bantuan
berbentuk kewangan dan sebagainya. Kita juga mesti berusaha dalam
memboikot syarikat yang jelas memberi sumbangan besar kepada zionis
yahudi seperti Coca-cola, McDonald’s agar dapat memberi tekanan supaya
mereka menghentikan bantuan kepada kezaliman yahudi Israel. Kita berasa
kecewa apabila ramai yang bukan sahaja makan makanan segera ini malah
melekatkan logo di kenderaan dengan penuh bangga. Dunia telah
menyaksikan bagaimana boikot telah menyebabkan banyak syarikat dan
barangan yang sebelum ini memberi sumbangan kepada zionis yahudi dalam
membunuh umat Islam dan meruntuhkan Masjid Aqsa telah menarik balik
sokongan dan sumbangan. Amerika Syarikat sendiri terpaksa membuat
undang-undang bagi mendenda syarikat yang memboikot Israel kerana
bimbang sekutunya akan lenyap dari muka bumi. Bangkitlah wahai umat
Islam. Jangan terus membiarkan saudara kita menangis hiba ketika kita
bergelak ketawa, saudara kita memekik kesakitan ketika kita menjerit
kegembiraan. Berambus berambus wahai Yahudi! Tentera nabi Muhammad akan
kembali untuk memerdeka bumi Palestin dan Masjid Aqsa yang tercinta
Wallahualam.....
0 comments:
Post a Comment