Social Icons

Pages

Friday 16 August 2013

SYAWAL MENJELMA TANDANYA PERGINYA RAMADHAN

Salam..

Berakhirnya sebuah ramadhan & kini syawal menjelma lagi…
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI…
MAAF ZAHIR & BATIN UTK SEMUA PEMBACA BLOG AKU…

Agak lama aku tidak update blog..lama aku diam menyepi..kali terakhir aku update blog ni pada 22/7/2013,..tak pernah aku tinggalkan blog ni selama itu..entah mana silapnya kali ni, aku tak ada mood nak update blog seperti biasa..kalau diikutkan hati, aku dah tak mahu lagi update blog ni tapi bila difikirkan balik, tak guna aku buat macam tu..masalah tak mungkin akan selesai..jauh mana aku lari, lama mana aku membisu, masalah tak akan selesai dengan sendiri..sekurang2nya aku harus menghadapinya jugak..biarpun masalah itu mungkin tidak akan selesai..aku kena kuatkan hati..
Tak cukup dengan itu, dugaan Tuhan sentiasa menguji aku..semuanya berlaku hampir serentak, berturut2..tak pernah aku bayangkan semua ini akan berlaku dalam hidup aku..selama ni aku ingat akulah orang yang paling kuat, paling tabah, paling sabar tapi kali ni aku tewas..lemah selemah lemahnya..semangat aku tak kuat..hati aku tak tabah..dugaan yang diberikan tak mampu aku tanggung..
Semua masalah & dugaan yang datang benar2 menguji aku.semuanya mempengaruhi kehidupan aku..terasa semangat dan kekuatan diri aku tenggelam bersama2 dengan masalah & dugaan itu..aku terasa kehilangan, kosong, sunyi, lemah, tak bersemangat & macam2 lagi..entah berapa banyak air mata aku dah mengalir..aku sendiri tak tahu..aku biarkan je air mata tu mengalir..biar puas..tak perlu di tahan..
Kedatangan ramadhan kali ini sedikit sebanyak memberi aku sinar dalam mencari kembali diri aku yang hilang..sepanjang aku diam menyepi, aku banyak berdoa dengan Tuhan supaya memberi aku ketenangan dan kekuatan dalam hati & jiwa utk menghadapi ujian ini dengan tabah & sabar..aku jugak tidak pernah putus2 mendoakan utk keluarga aku, teman2 ak..buat seseorang  yang bakal bergelar guru dan keluarganya serta rakan2 seperjuangan aku...syukur kepada Tuhan sepanjang bulan yang mulia itu, aku masih mampu menjalani ibadah puasa dengan sempurna & jiwa aku kembali tenang walaupun hati aku masih tak dapat mencari kembali semangat yang hilang..mungkin Tuhan belum lagi memakbulkan doa aku..aku redha & aku juga percaya Tuhan dengar setiap doa aku..aku tak akan berhenti dari terus berdoa pada Tuhan..
Syawal yang menjelang aku sambut secara bersederhana dan tak keterlaluan aku katakan sambutan aidilfitri kali ini sekadar utk mencukupkan syarat..tidak seperti dulu..tiada persiapan langsung utk diri aku..hati aku terasa sayu dengan sambutan kali ini..tak tahu kenapa aku boleh menangis di malam syawal..tak pernah2 aku menangis tapi kali ini aku menangis..sedih & sayu sangat..aku tak tahu kenapa…mungkin kerana bulan ramadhan yang mulia sudah pun meninggalkan aku..entah ada atau tidak lagi kesempatan utk aku menyambutnya lagi selepas ni...wallahualam..sambutan raya kali ini sedikit hambar..tidak seperti tahun2 sebelumnya..entah kenapa aku tak terlalu teruja utk merayakannya..hati aku tak terusik langsung utk menyambut kedatangan syawal dengan penuh kemeriahan..aku tak merasai suasana itu..dalam hati aku cuma berharap kedatangan syawal ini dapat mengembalikan diri aku yang dulu..itu aje..
Aku tak tahu nak mengadu pada siapa..tak tahu nak bercerita pada siapa..terasa aku keseorangan..tak seperti dulu..hanya Tuhan yang mengetahui isi hati aku di saat ini..& hanya dalam blog ni tempat aku meluahkan segalanya..bukan utk meraih simpati, bukan juga utk membuka pekung di dada..sekadar ingin melepaskan apa yang terbuku di hati tanpa perlu adanya bicara..lebih senang, lebih selesa..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN DI ATAS KEKHILAFAN DIRI INI…

Salam sayang utk semua…



Wallahualam...

0 comments:

Post a Comment